Pengetahuan Tingkahlaku Seksual dalam kalangan Pelajar Pra-Universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Terengganu

(Knowledge of Sexual Behaviour among Pre-University Students of Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Terengganu)

  • Nur Hazilla Mustafa Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Saadah Mohamad Aun Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Pengetahuan, tingkah laku, seks, pelajar pra-Universiti Terengganu, kualitatif

Abstract

Perbincangan mengenai seks dilihat menjadi satu tabu dalam masyarakat Malaysia. Namun, peningkatan kes yang membabitkan sumbang mahram dan mengandung luar nikah menyebabkan kajian-kajian mengenai pengetahuan seks dilihat perlu diperbanyakkan lagi. Oleh itu, kertas kerja ini adalah bagi membentangkan kajian berkenaan pengetahuan tingkah laku seks dalam kalangan pelajar Pra-Universiti. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti pengetahuan tentang tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar Pra-Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan temubual mendalam. Pensampelan yang digunakan kajian ini ialah pensampelan bertujuan dengan memilih lapan orang responden yang terdiri daripada empat orang pelajar lelaki dan empat orang pelajar perempuan. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan kebanyakan responden mengenai seksualiti adalah rendah, sama ada responden lelaki mahupun perempuan. Responden juga tidak diberi pengetahuan asas mengenai seks daripada ibu bapa atau keluarga tetapi mereka memperolehi pengetahuan tersebut daripada rakan-rakan dan media sosial dan terdapat juga responden yang tidak tahu kesan daripada terjebak dengan amalan seks di usia muda. Hasil kajian ini dilihat dapat membantu pihak sekolah untuk mengenal pasti keperluan dan permasalahan pelajar dalam menangani isu-isu berkaitan dengan tinglah laku seksual.

ABSTRACT

Discussion of sex is seen as a taboo in Malaysian society. However, the increasing number of cases involving incest and pregnancy out of wedlock resulted in studies about sex knowledge seen should be populated. Therefore, this paper is to present research concerning sexual behavior knowledge among pre-university students. The objective of this study was to identify knowledge about sexual behavior among pre-university students of Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa. The design of this study using qualitative approach and in-depth interviews. Sampling used in this study was purposive sampling by choosing eight respondents consisting of four male students and four female students. The study found that the level of knowledge of most of the respondents about sexuality was low, either male or female respondents. Respondents were not given basic knowledge about sex from their parents or families but they acquire knowledge from friends and social media and there was also an respondent who did not know the effect of involved in sex at the young age. The study seen to help the school to identify the needs and problems of students in addressing issues related to sexual behavior.
Keywords: knowledge, behavior, sex, pre-university student Terengganu, qualitative.

Published
2019-09-30
How to Cite
Mustafa, N. H., & Mohamad Aun, N. S. (2019, September 30). Pengetahuan Tingkahlaku Seksual dalam kalangan Pelajar Pra-Universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 3(3), 1-11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/241