Isu Cinta dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi

(Love Issues among Student of National University of Malaysia, Bangi Campus)

  • Maizatul Izzati Ranual Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Noremy Md. Akhir Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: cinta, mahasiswa, kesan bercinta, kehidupan seharian, sahsiah

Abstract

ABSTRAK

Hubungan percintaan dalam kalangan mahasiswa merupakan perkara sinonim diperkatakan di universiti. Pasangan mahasiswa bercinta kebiasaannya dapat dilihat sering melakukan aktiviti bersama-sama. Walau bagaimanapun, cinta dalam kalangan mahasiswa kini telah menimbulkan pelbagai isu sosial yang menjejaskan kehidupan seharian mereka seperti terlibat dengan pergaulan bebas dan yang lebih membimbangkan lagi apabila terlibat dengan hubungan terlarang sebelum berkahwin. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesan daripada percintaan. Kajian yang dijalankan adalah secara kualitatif dengan menggunakan rekabentuk fenomenologi. Kaedah temubual separa struktur secara mendalam terhadap tujuh orang responden yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi telah dijalankan dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data yang diperoleh kemudian dianalisis menggunakan tematik analisis. Hasil dapatan kajian mendapati empat kesan utama daripada percintaan ini iaitu pengurusan masa yang tidak cekap, pengurusan emosi yang tidak profesional, pengurusan kewangan yang tidak terkawal dan kesan terhadap isu kepercayaan. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran tentang percintaan kepada mahasiswa dan intervensi yang bersesuaian perlu dilakukan bagi memastikan mahasiswa terus cemerlang dari aspek akademik mahupun sahsiah.
Kata kunci: cinta, mahasiswa, kesan bercinta, kehidupan seharian, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

ABSTRACT

Love issues is synonym among students in university. Those who are involved in love seem always together in their life routine. However, the love issues among students has brought various social problem that affect their daily life such as being involved in promiscuity and sex intercourse before marriage. Therefore, the objective of this study is to explore the impact of love issues among university student. The study was conducted in qualitative by using phenomenological as research design. The indepth interview was conducted among five (5) UKM’s students at Bangi. They has been selected by using a purposive sampling technique. The data obtained were analyzed by using thematic analysis. The findings showed that there are four main impact of love issues among university student. There are inefficient time management, unprofessional emotion management, uncontrolled financial management and impact on trust issues. The findings of this study can help student in creating awareness on how to deal with love issues and the appropriate intervention is necessary to ensure that students continue to excel in both academic and personal aspects.
Keywords: love, student, love effect, daily life, National University of Malaysia.

 

Published
2020-04-25
How to Cite
Ranual, M. I., & Md. Akhir, N. (2020, April 25). Isu Cinta dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1-9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/247