Hubungan Antara Tingkah Laku Interpersonal Guru, Kepuasan Kerja dan Kecenderungan Burnout Guru-Guru Tingkatan Enam di Perlis

(Relationship between Teachers’ Interpersonal Behavior, Job Satisfaction and Burnout among Form Six Teachers in Perlis)

  • Mohamad Saiful Samsudin Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Shahrazad Wan Sulaiman Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: hubungan interpersonal, kepuasan kerja, burnout, tingkah laku, guru

Abstract

Guru adalah individu yang mendidik dan bertanggungjawab terhadap pendidikan murid-murid dalam sekolah ataupun di luar sekolah. Kebolehan sebagai guru merupakan suatu kemampuan yang dimiliki oleh seorang guru, baik dari segi pengetahuan, keterampilan dan kemampuan serta tanggungjawab terhadap murid-murid yang dididik sehingga tugasnya sebagai seorang pendidik dapat dilaksanakan dengan baik. Ia juga turut dikaitkan dengan keberkesanan tingkah laku interpersonal guru dengan pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji tentang hubungan tingkah laku interpersonal guru, kepuasan kerja dan burnout dalam kalangan guru. Kajian ini dijalankan menggunakan rekabentuk tinjauan iaitu menggunakan soal-selidik untuk mengumpul data yang melibatkan 88 orang guru Tingkatan Enam aliran sastera di Perlis. Instrumen yang digunakan adalah satu set soal-selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu Questionnaire on Teacher Interaction (QTI), Job Descriptive Index (JDI) dan Maslach Burnout Inventory (MBI). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS iaitu analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara tingkah laku interpersonal guru dan kepuasan kerja. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan di antara beberapa dimensi tingkah laku interpersonal guru dan burnout. Selain itu, faktor jantina dan tempoh perkhidmatan juga tidak mempengaruhi tingkah laku interpersonal guru, kepuasan kerja dan burnout dalam kalangan guru.

ABSTRACT

Teachers are individuals who are responsible in the education of students in school and outside of school. The ability of teachers involves knowledge and the responsibility to teach students to the best of their ability. It is also related with interpersonal teacher behaviour with students during teaching and learning. Therefore, this study aimed to study the relationship between teachers’ interpersonal behaviour, job satisfaction and burnout among teachers. This study employed survey design involving administering questionnaire to collect data among 88 Form Six teachers in arts stream in Perlis. The instrument used was a set of questionnaire comprising three parts namely Questionnaire on Teacher Interaction (QTI), Job Descriptive Index (JDI) and Maslach Burnout Inventory (MBI). Data obtained was analysed using SPSS involving descriptive and inferential analyses. Results showed that there was no significant correlation between teachers’ interpersonal behaviour with job satisfaction. Findings also indicated that there were significant correlations between several dimensions of teachers’ interpersonal behavior and burnout. Apart from that, gender and length of service did not influence teachers’ interpersonal behaviour, job satisfaction and burnout.
Keywords: interpersonal behavior, job satisfaction, burnout, teachers

 

Published
2020-04-30
How to Cite
Samsudin, M. S., & Wan Sulaiman, W. S. (2020, April 30). Hubungan Antara Tingkah Laku Interpersonal Guru, Kepuasan Kerja dan Kecenderungan Burnout Guru-Guru Tingkatan Enam di Perlis. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1-9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/250