Keberkesanan Perkhidmatan Pengangkutan Awam di Bandar Baru Bangi

(Effectiveness of Public Transport Services in Bandar Baru Bangi)

  • Mohd Syafiq Asyraaf Mohd Talmizi Program Sains Pembangunan, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zurinah Tahir Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: keberkesanan, perkhidmatan, pengangkutan awam, masalah, Bandar Baru Bangi

Abstract

Pengangkutan merupakan salah satu perkara yang penting dalam sesebuah negara. Kemajuan negara dapat diukur daripada kemajuan sistem pengangkutan awam. Namun, perkhidmatan pengangkutan awam ini sering mengalami masalah dan banyak perkara yang menyebabkan masyarakat lebih memilih untuk menaiki kenderaan sendiri daripada pengangkutan awam. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan pengangkutan awam darat. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kualitatif. Menggunakan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan pengkaji hanya perlu mengambil 132 orang responden sahaja. Pada akhir kajian ini, pengkaji berharap agar masalah berkaitan pengangkutan awam di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi dapat dikurangkan. Kepentingan kajian ini dijalankan kerana dapat membantu pengusaha dalam meningkatkan taraf servis atau layanan terhdapa pengguna malah pengguna juga dapat memenuhi hasrat dan apa yang mereka inginkan.

 

Published
2020-04-26
How to Cite
Mohd Talmizi, M. S. A., & Tahir, Z. (2020, April 26). Keberkesanan Perkhidmatan Pengangkutan Awam di Bandar Baru Bangi. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1-7. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/254