Kehidupan Beragama Masyarakat Islam di Daerah Bau, Sarawak: Hubungannya dengan Penganut Agama Lain

(Religious Life of the Muslim Community in Bau District, Sarawak: Relationship with Other Religion)

  • Mohd. Syukri Jaffar Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Jaffary Awang Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: kehidupan beragama, kefahaman masyarakat Islam, Kehidupan Sosial, Interaksi Muslim, Non-Muslim

Abstract

Kedatangan sejarah Islam di bumi Sarawak bukan suatu perkara yang aneh untuk dilihat kerana sejarah Islam itu sendiri banyak memberi kesan kepada kehidupan beragama di negeri tersebut terutamanya kepada penganut agama lain di Daerah Bau, Sarawak. Di dalam artikel ini, kesan kehidupan beragama itu dapat dilihat dan dibincangkan dari tiga aspek utama iaitu kefahaman kehidupan beragama masyarakat Islam, kehidupan sosial masyarakat setempat dan interaksi Muslim dengan Non-Muslim. Walaupun penuh dengan pelbagai cabaran yang mendatang, kedatangan Islam itu telah mewujudkan pola masyarakat yang majmuk di kawasan yang berbilang kaum dan agama serta mampu mempengaruhi hubungannya dengan penganut agama lain.  

 

Published
2020-04-26
How to Cite
Jaffar, M. S., & Awang, J. (2020, April 26). Kehidupan Beragama Masyarakat Islam di Daerah Bau, Sarawak: Hubungannya dengan Penganut Agama Lain. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1 -10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/255