Kalbu Qalha Sebuah Dokumentasi Sosiobudaya Negeri Kedah

(Kalbu Qalha, A Sociocultural Documentation of the State of Kedah)

  • Muhamad Faiz Sazali Program Persuratan Melayu Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Che Abdullah Che Ya Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: sejarah, dokumentasi, sosiobudaya, realiti kreatif, novel

Abstract

Kalbu Qalha sebuah novel karya Amelia Hashim terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2017. Novel ini bertolak daripada sejarah negeri Kedah yang disampaikan dalam bentuk realiti kreatif. Kertas kerja ini akan melihat sejauh mana novel ini boleh dipertanggungjawab sebagai dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah. Kajian ini akan menggunakan Pendekatan Sejarah yang dikemukakan oleh Hippolyte Taine. Antara konsep dan prinsip pendekatan ini ialah menilai aspek-aspek yang boleh dianggap sejarah dalam sesebuah karya yang dibaca. Misalnya dokumentasi, keterangan-keterangan dan gambaran-gambaran yang telah terjadi dalam sesebuah masyarakat atau bangsa. Rakaman sosiobudaya yang terdapat dalam karya akan diteliti daripada sudut pandang politik, ekonomi dan budaya. Melalui sudut pandang politik dapat dilihat dari aspek peranan pemerintah, hubungan diplomatik antara dua buah negara dan peperangan. Dari sudut pandang ekonomi melihat pada aspek kemajuan ekonomi sesebuah negara, perdagangan dan kemunduran ekonomi. Manakala dari sudut pandang budaya melihat pada aspek agama, budaya dan adat sesebuah tamadun. Hasil penelitian didapati karya ini boleh dipertanggungjawab sebagai dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah yang disampaikan dalam bentuk realiti kreatif.
 

ABSTRACT

Kalbu Qalha is a novel written by Amelia Hashim and published by Dewan Bahasa dan Pustaka in 2017. The novel started off with the history of Kedah presented in the form of creative reality. The objective of this paperwork is to see how far this novel can be deputized as a sociocultural documentation of the Kedah state. This study will use the Historical Approach proposed by Hippolyte Taine. One of the concepts and principles of this approach is to evaluate the aspects that can be considered as historical in a readable work. For example, the documentation, statements and illustrations that have happened in the community. The sociocultural aspects that are portrayed in the work will be scrutinized from a political, economic and cultural perspective. From a political perspective, it can be observed through the role of government, diplomatic relations between two countries and wars. Through an economic perspective, it can be studied from the economic progress of a country, trade and recession. Meanwhile from a cultural perspective, it can be seen through the aspect of religion, culture and customs of a civilization. The result of this study shows that this novel can be deputized as a sociocultural documentary of Kedah presented in a form of creative reality.
Keywords: history, documentation, sociocultural, creative reality, novel.

 

Published
2020-04-26
How to Cite
Sazali, M. F., & Che Ya, C. A. (2020, April 26). Kalbu Qalha Sebuah Dokumentasi Sosiobudaya Negeri Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/256