Penderaan Kanak-Kanak di Taska: Cabaran Pekerja Sosial

(Child Abuse at Child Nursery: The Challenges of Social Workers)

  • Nanthini Ramalingam Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khadijah Alavi Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: cabaran, penderaan kanak-kanak, pekerja sosial, intervensi, pengurusan konflik

Abstract

Penderaan kanak-kanak oleh pengasuh taska semakin meningkat dimana sebanyak 581 kes dilaporkan antara tahun 2015 hingga 2017. Sebaliknya, jumlah kes penderaan kanak-kanak umum berlaku dalam masyarakat bagi tempoh yang sama ialah sebanyak 22,136 kes (JKM 2018). Peningkatan kes penderaan kanak-kanak sehingga kematian kanak-kanak amat membimbangkan keluarga dan masyarakat. Kertas kerja ini akan membahaskan tentang cabaran pekerja sosial dalam melindungi penderaan kanak-kanak di taska. Kajian lepas amat kurang mengkaji isu penderaan kanak-kanak di taska. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 10 orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah taska sekitar Bandar Baru Bangi. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama memulihkan ibu bapa yang menghadapi trauma kematian anak akibat penderaan tersebut. Kedua reaksi emosional kanak-kanak yang mengalami penderaan seperti terkejut, percaya tidak percaya pengalaman penderaan yang dilalui dan pelbagai komplikasi kesihatan mental dan fizikal. Ketiga, pekerja sosial juga menghadapi burn-out dalam mengharungi kes penderaan kanak-kanak. Implikasi kajian ini mencadangkan program kaunseling individu dan kelompok kepada pekerja sosial dan kaedah mengendalikan konflik semasa intervensi tersebut.

ABSTRACT

Child abuse by caretaker increases as many as 581 cases are reported between 2015 to 2017. On the other hand, the number of cases of general child abuse cases occurring in the same period was 22,136 cases (JKM 2018). The increase in child abuse until the death of children is a concern for families and communities. This paper work will debate the challenges of social workers in protecting child abuse at child nursery. Previous studies are less likely to examine the issue of child abuse in nurseries. This study was conducted using a qualitative approach based on case study. Techniques of collecting research data through structured interviews in writing. 10 informants were chosen for this study using purposive sampling technique. The location of the study was selected as a child nursery around Bandar Baru Bangi. Structured interview data was analyzed in a thematic manner and the findings found that there were three major challenges, namely firstly restoring parents who faced the trauma of child mortality from the abuse. The two emotional reactions of children suffering from abusive abuse, believe in not believing the experience of torture and various mental and physical health complications. Third, social workers also face burn-out in overcoming child abuse cases. The implication of this study suggests individual and group counseling programs to social workers and methods of handling conflict during the intervention.
Keywords: challenges, child abuse, social worker, intervention, conflict management

Published
2020-04-26
How to Cite
Ramalingam, N., & Alavi, K. (2020, April 26). Penderaan Kanak-Kanak di Taska: Cabaran Pekerja Sosial. Jurnal Wacana Sarjana, 4(1), 1-9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/259