Pembangunan Nilai 3 sebagai Bandar Usahawan dan Impaknya kepada Peniaga Tempatan dan Pengunjung

(Development of Nilai 3 as an Entrepreneurial Town and Its Impact to Local Entrepreneurs and Customers)

  • Prissha Nair Balan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hamzah Jusoh Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: urbanisasi, permintaan sebenar, bandar usahawan, pemborong, tekstil

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji pembangunan Nilai 3 sebagai bandar usahawan dan impaknya kepada peniaga dan pengunjung tempatan. Kajian ini tertumpu di Nilai 3, Negeri Sembilan untuk mengenal pasti impak fenomena urbanisasi Nilai 3 sebagai kawasan industri terbengkalai kepada sebuah bandar usahawan serta mengenal pasti faktor tarikan dan permintaan sebenar pengunjung tempatan yang melawat Nilai 3. Masalah yang dihadapi oleh peniaga tempatan adalah kesukaran untuk menukarkan pemikiran dan mindset pengunjung tempatan terhadap harga barangan yang dijual oleh peniaga tempatan dan peniaga asing. Kewujudan sistem rangkaian antara peniaga asing juga menjadi masalah yang sukar dielak oleh peniaga tempatan. Pelanggan tidak mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah salah satu sebab untuk menyebabkan masalah kepada peniaga tempatan dengan mempunyai persepsi dan pemikiran yang berbeza terhadap perniagaan yang dijalankan oleh peniaga tempatan di bandar usahawan ini. Data primer diperoleh dengan menggunakan 2 set borang soal selidik kepada peniaga dan pengunjung tempatan dan pemilihan responden adalah secara persampelan rawak sistematik bagi peniaga tempatan dan persampelan secara convienience bagi pengunjung tempatan. Pendekatan penilaian secara deskriptif digunakan dalam analisis data. Kajian ini dapat menunjukkan bagaimana pembandaran sesuatu kawasan terbiar ke bandar keusahawanan yang terkenal memberi kesan kepada peniaga tempatan dengan cara yang negatif dari aspek sosioekonomi. Cadangan dan implikasi dasar kajian kes ialah peningkatan taraf dan kualiti fasiliti di Nilai 3 dan mencari masalah yang menjadi halangan kepada peniaga tempatan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.
 

Published
2020-04-27
How to Cite
Nair Balan, P., & Jusoh, H. (2020, April 27). Pembangunan Nilai 3 sebagai Bandar Usahawan dan Impaknya kepada Peniaga Tempatan dan Pengunjung. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1-8. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/267