Adaptasi Budaya Pelajar Malaysia yang Mengikuti Program Pertukaran Pelajar AIMS di Negara Jepun

(Cultural Adaptation of Malaysian Students Who Participated in AIMS Student Exchange Program in Japan)

  • Ahmad Afiq Md Hashim Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Latiff Ahmad Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: adaptasi, program pertukaran pelajar, kejutan budaya, cabaran antarabudaya, impak

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian adaptasi budaya pelajar Malaysia yang telah mengikuti program pertukaran pelajar AIMS. Kajian ini juga hanya mengkhususkan terhadap pelajar Malaysia yang telah mengikuti program ini selama satu semester di mana-mana universiti yang ditawarkan kepada mereka di Jepun. Bagi melakukan kajian ini, metodologi kajian yang telah digunakan ialah kaedah kualitatif serta pengumpulan data yang menggunakan teknik temu bual mendalam dan kajian kepustakaan. Berdasarkan kajian pengkaji. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pada model antarabudaya yang menggunakan lekuk W, pengkaji telah menghuraikan kepada dua bahagian bagi menunjukkan perbandingan iaitu semasa dan berada di negara luar dan sekembalinya mereka ke Malaysia. Selain itu, dapatan kajian juga merangkumi aspek cabaran yang dialami oleh pelajar yang mengikuti program ini. Antara cabaran terbesar mereka adalah budaya, makanan, bahasa dan kewangan. Seterusnya dapatan akhir juga menceritakan mengenai impak yang diperolehi oleh peserta. Antara impak yang diperolehi peserta adalah mereka lebih berdikari, bersifat terbuka dan sentiasa merendahkan diri.

ABSTRACT

This study is about the adaptation process experienced by Malaysian students who have participated in ASEAN International Mobility for Students (AIMS) student exchange program. This study is especially for students who participated in a one semester exchange program in any university in Japan. For this research, the methodology used were qualitative methods such as literature reviews and interviews. Based on this research that used the W-curve as the theoretical framework, the researcher has observed and compared two conditions which are during the exchange program in Japan and upon returning back to Malaysia. Other than that, the findings of this research also included challenges faced by the students. The biggest obstacles for the students of this program were mainly culture, food, language and finance. And finally, the findings also included the impact of participating in the exchange program on the students. The impacts were became more independent, having an open mind and always being humble.

 

Published
2019-10-30
How to Cite
Md Hashim, A. A., & Ahmad, A. L. (2019, October 30). Adaptasi Budaya Pelajar Malaysia yang Mengikuti Program Pertukaran Pelajar AIMS di Negara Jepun. Jurnal Wacana Sarjana, 3(4), 1 -10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/284