LGBT dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(LGBT among Student in Public Higher Education Institution)

  • Fadzilah Abdullah Pusat Kesejahteraan Manusia Dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Noremy Md Akhir Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia Dan Masyarakat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: LGBT, mahasiswa IPTA, faktor penglibatan, kajian kualitatif, rangsangan seksual

Abstract

Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) merupakan golongan yang berperilaku songsang dan salah dari segi norma masyarakat mahupun dari sudut agama. Namun begitu, golongan LGBT ini semakin giat dan aktif berkembang dalam masyarakat kita hari ini. Perkara yang lebih merunsingkan adalah apabila golongan ini terdiri daripada mereka yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka faktor pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terlibat dalam LGBT. Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan reka bentuk fenomenologi. Kaedah temu bual secara mendalam bersama tujuh (7) orang responden yang terdiri daripada mahasiswa IPTA dijalankan dengan menggunakan teknik persempelan snow ball. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan tematik analisis. Hasil dapatan kajian mendapati factor penglibatan LGBT adalah disebabkan oleh personaliti semula jadi, pengaruh persekitaran sosial, sokongan sosial berbentuk material, pengalaman mengalami gangguan seksual, kurang kasih sayang dan sokongan dari ahli keluarga, rangsangan seksual, keinginan dan kepuasan seksual, kesunyian, pengaruh rakan sejenis dan orientasi seksual. Kajian ini diharapkan dapat membantu profesion kerja sosial, psikologi mahupun kaunseling dalam memahami golongan LGBT dan membantu mereka dengan merangka intervensi yang terbaik dalam membantu golongan LGBT terus sejahtera dalam kehidupan mereka.

ABSTRACT

Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT) are a group that behaves out of the society norms of sexuality and wrong in terms the point of religion. However, these LGBT groups are increasingly active and spreading in our society today. What is more disturbing is when these groups are compromised of those who are studying at Public Higher Education Institutions (IPTAs). Therefore, the objective of this study is to explore the factors of the Public Institution of Higher Learning (IPTA) student’s involvement in LGBT. The study was conducted in the form of qualitative by using phenomenological as research design. An in-depth interview method with seven respondents who are an IPTA students was conducted using snow ball technique. The data were analyzed using thematic analysis. The findings found out the factor that influence respondent involved in LGBT are due to the natural personality, the influence of social environment, social support in the form of material, experiences of sexual harassment, lack of love and support from family members, sexual stimulation, desire and sexual satisfaction, loneliness, influence by peers and sexual orientation. This study is expected to help those from social, psychological and counseling professions in understanding the LGBT groups and assist them by formulating the best intervention in helping LGBTs prosper in their lives.
Keywords: LGBT, IPTA'students, influence factor, qualitative study, sexual harassment

Published
2019-10-30
How to Cite
Abdullah, F., & Md Akhir, N. (2019, October 30). LGBT dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Wacana Sarjana, 3(4), 1 - 11. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/286