Persepsi Terhadap Penurunan Had Umur Mengundi Daripada 21 Tahun Kepada 18 Tahun: Kajian Kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil

(Perceptions of Decreasing Voting Age From 21 Years to 18 Years: A Case Study of State Legislative Assembly of Dengkil)

  • Khairunisa’a Mohamad Noor Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Junaidi Awang Besar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Pilihan raya, pengundi, generasi muda, budaya politik, integriti

Abstract

ABSTRAK

Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi bagi sesebuah negara yang merdeka. Pengundi mempunyai kriteria calon yang mereka akan pilih di samping ideologi politik yang dianuti oleh calon. Generasi muda merupakan golongan yang mempunyai ciri-ciri tingkah laku dan budaya politik yang bersikap kritis dan ingin tahu dengan lebih lanjut terhadap sesuatu isu dan mementingkan ketelusan dan integriti. Oleh itu adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis pandangan terhadap penurunan had umur 18 tahun di kawasan DUN Dengkil. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan 100 responden di DUN Dengkil manakala kaedah kualitatif pula melibatkan temu bual bersemuka terhadap 10 orang informan yang terdiri daripada ahli politik, pemimpin setempat, aktivis sosial dan orang awam. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan program statistik SPSS. Hasil kajian mendapati responden menyambut baik penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun. Kadar literasi politik dalam kalangan golongan muda juga adalah baik sama ada dari dimensi idea atau institusi melalui pengetahuan tentang konsep politik dan pentadbiran serta penguasaan dalam isu-isu politik setempat dan nasional. Kajian ini telah membawa pengukuhan kepada konsep literasi politik yang akan mempengaruhi partisipasi masyarakat ke dalam politik dengan lebih matang dan rasional.

Kata kunci: Kata kunci: Pilihan raya, pengundi, generasi muda, budaya politik, integriti 

 

ABSTRACT

Elections are an important element in the democratic system of an independent nation. Voters have the criteria they will choose as well as the political ideology the candidate holds. The younger generation is a group of people who have characteristics of political behavior culture who are critical and who want to know more about an issue and are concerned about transparency and integrity. It is therefore, the purpose of this study to analyze the views on the decline of the 18-year age limit in the Dengkil state constituency. The quantitative method used questionnaire instruments involving 100 respondents in the Dengkil state assembly while the qualitative method involved face-to-face interviews with 10 informants comprising politicians, local leaders, social activists and the general public. The obtained data were analyzed using the SPSS statistics program. The results showed that respondents favorably agreed of  reducing  the voting-age  limit to 18 years. The level of political literacy among young people is good either from the dimension of ideas or institutions through knowledge of political and administrative concepts as well as mastery of local and national political issues. This study has led to a strengthening of the concept of political literacy that will influence people's participation in politics more matured and rationally.

 Keywords: Elections, voters, the younger generation, political culture, integrity

Published
2020-06-30
How to Cite
Mohamad Noor, K., & Awang Besar, J. (2020, June 30). Persepsi Terhadap Penurunan Had Umur Mengundi Daripada 21 Tahun Kepada 18 Tahun: Kajian Kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-20. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/312