Penerimaan Stereotaip Budaya Melalui Tontonan Filem Vernakular Oleh Mahasiswa/I Universiti Kebangsaan Malaysia

(Cultural Stereotype Acceptance Through Vernacular Films by Students of National University of Malaysia)

  • Nordeliyana Darwes Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Badrul Redzuan Abu Hassan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Budaya, Filem Vernakular, Stereotaip, Toleransi, Ideologi

Abstract

ABSTRAK

Budaya merupakan salah satu elemen yang dikongsi dalam masyarakat. Masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia telah melahirkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan dalam kehidupan seharian. Filem merupakan salah satu medium yang digunakan untuk menyampaikan mesej dan hiburan kepada khalayak. Penerbitan filem-filem vernakular yang semakin meningkat menyeru pengkaji untuk mengkaji bagaimana penerimaan elemen-elemen budaya serta stereotaip yang diolah kedalam filem The Kid from The Big Apple oleh mahasiswa/i di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pendekatan Teori Analisis Resepsi Sastera yang dibangunkan oleh Stuart Hall pada tahun 1973 digunakan bagi melihat bagaimana khalayak membuat andaian dan penerimaan mereka terhadap elemen budaya dan stereotaip tersebut. Dua kaedah kajian digunakan iaitu analisis kandungan untuk mengkaji elemen-elemen budaya yang diolah kedalam filem melalui analisis pembingkaian dan kaedah temu bual kumpulan fokus yang terdiri daripada tiga etnik yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India untuk melihat penerimaan khalayak terhadap elemen-elemen serta stereotaip tersebut. kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan pandangan serta cadangan terhadap filem vernakular pada masa hadapan. Kajian ini mendapati bahawa terdapat lebih daripada 10 elemen budaya yang diolah kedalam filem tersebut dan beberapa daripadanya adalah stereotaip yang wujud terhadap kaum Cina di negara ini. Hasil kajian juga mendapati penerimaan yang positif daripada khalayak terhadap elemen serta stereotaip budaya tersebut. Pengolahan elemen budaya kedalam filem vernakular perlu diteruskan pada penerbitan filem vernakular pada masa hadapan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perbezaan yang perlu dihormati dan kebersamaan yang perlu dirai. Hasil kajian ini memberikan gambaran tentang stereotaip budaya yang masih diamalkan pada zaman moden ini dan kewajaran kajian ini dikaji kerana masyarakat kini kurang mengambil endah terhadap budaya etnik lain dan berkecenderungan untuk membina stereotaip negatif yang akan memecahbelahkan perpaduan masyarakat dinegara ini. Kesimpulannya, pendedahan kepada masyarakat tentang kebudayaan dan stereotaip yang wujud ini perlu diberi, dirungkai dan diberi penjelasan supaya masyarakat kini khususnya yang berlainan budaya dapat memahami dan mewujudkan suasana harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain.

Kata kunci: Budaya, Filem Vernakular, Stereotaip,

 

ABSTRACT

Culture is one of the elements shared within society. The multi-racial society in Malaysia has brought upon many from various ethnics in which they hold and practice in their daily life. Films are one of the mediums used to convey messages and entertainment to the audience. An increasing number of vernacular films nowadays calling on researchers to study how the cultural elements and stereotypes are conveyed. Reference is made based on the film of "The Kid from The Big Apple" towards UKM students. The approach to the Literature Reception Analysis Theory developed by Stuart Hall in 1973 is used to see how audiences make assumptions and acceptance towards these cultural and stereotypical elements. Two research methods were used, content analysis to study the cultural elements that were processed into the film through the analysis of the framing and the interview, focus groups consisting of three different ethnics, which are Malay, Chinese and Indian to see the acceptance towards the audience against the elements and stereotypes. This method is also used to get views and recommendations on future vernacular films. The study found that there were more than 10 cultural elements that were incorporated into the film and some of them were stereotypes that existed against the Chinese community in the country. The study also found that the audience received positive responses to the elements and stereotypes of the culture. The processing of cultural elements into vernacular films should be continued in future vernacular films to expose the public regarding the differences that need to be respected and the need to be together. The results of the study give an overview of the cultural stereotypes that are still practiced in modern times and resulting to this study to happen as a society are now less receptive among the ethnics and tend to develop negative stereotypical thinking and causes division within the society in this country. In conclusion, public exposure to these cultural stereotypes must be widened, explained, and clarified so that today's society, especially those countries consisting of different cultures, can understand, and create harmony and be more tolerance for one another.

Key words: Culture, Vernacular Film, Stereotype, 

Published
2020-06-30
How to Cite
Darwes, N., & Abu Hassan, B. R. (2020, June 30). Penerimaan Stereotaip Budaya Melalui Tontonan Filem Vernakular Oleh Mahasiswa/I Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1 -13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/313