Representasi Sosial Masyarakat Dalam Lirik Lagu Aman RA

(Social Representations of Society in Aman Ra’s Lyrics)

  • Zulieda Azni Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Amizah Wan Mahmud Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: kritikan sosial, masyarakat Melayu, kritikan drama, poligami, monodrama

Abstract

ABSTRAK

Industri muzik di Malaysia dibanjiri dengan pelbagai jenis muzik dan lagu yang diperdengarkan kepada masyarakat. Muzik menjadi medium yang dapat menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat melalui bait-bait lirik lagu yang ditulis. Lirik berfungsi menerangkan kisah atau pemikiran di dalam sesebuah lagu serta mempunyai kaitan yang rapat dengan masyarakat. Lagu rap dilihat mempunyai peluang yang besar dalam industri dengan kehadiran penyanyi dan penulis lirik lagu yang berkualiti. Kajian ini mengkhusus kepada intepretasi dan representasi sosial yang terkandung di dalam lirik lagu Aman Ra. Kajian ini menggunakan data tiga buah lirik lagu Aman RA iaitu ‘Tabah’, ‘Budak Flat’ dan ‘Bangun’. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Representasi Sosial (1961) oleh Sergei Moscovici. Kajian dijalankan mengikut empat elemen Representasi Sosial yang diperkenalkan oleh teori, iaitu kepercayaan sepunya, skema, penanda dan prinsipal. Dapatan kajian mendapati teori ini sesuai digunakan untuk mengenalpasti representasi sosial di sebalik lirik lagu rap. Hasil analisis mendapati terdapat mesej yang cuba disampaikan kepada masyarakat dalam konteks yang lebih luas. Lirik-lirik lagu tersebut ditulis dan disulami dengan mesej dan motivasi yang menggambarkan kehidupan sosial masyarakat di dalam sesebuah struktur masyarakat.

Kata kunci: kritikan sosial, masyarakat Melayu, kritikan drama, poligami, monodrama

 

ABSTRACT

The music industry in Malaysia is flooded with different types of music and songs that are heard to the public. Music is a medium for communicating a message to the public through the lyrics of the song lyrics. The lyrics work to convey a story or thought in a song and have a close relationship with the community. Rap songs are seen as a great opportunity in the industry with the presence of quality singers and songwriters. The study focused on the interpretation and social representation of rap song lyrics produced by local rap song writer Aman RA. This study uses the data of three lyrics of Aman RA's songs 'Tabah', 'Flat Boy' and 'Wake Up'. The theory used in this study is Sergei Moscovici's Theory of Social Representation (1961). The study was conducted on the four elements of Social Representation introduced by the theory, namely, common beliefs, schemes, markers and principals. The study found that this theory is useful for identifying social representations behind the lyrics of rap songs. The analysis found that there are messages that are tried to be conveyed to the public in a wider context. The lyrics of the song are written and emblazoned with messages and motivations that reflect the social life of the community within a community structure.

Keywords: Representations, Social representations, Intepretation, lyrics, rap, Aman RA

Published
2020-06-30
How to Cite
Azni, Z., & Wan Mahmud, W. A. (2020, June 30). Representasi Sosial Masyarakat Dalam Lirik Lagu Aman RA. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1 - 14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/315