Rebakan Urbanisasi Dan Perubahan Sosio - Ekonomi Penduduk Pinggir Bandar: Kajian Kes Di Seberang Takir, Kuala Terengganu

(Urban Sprawl And The Changing of Socioeconomic of Suburb Community: A Case Study of Seberang Takir, Kuala Terengganu)

  • Muhammad Faisal Afiq Abu Kaslan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hamzah Jusoh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: rebakan bandar, aksesibiliti, impak, sosioekonomi, pinggir bandar

Abstract

ABSTRAK

  

Kampung Seberang Takir merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Malaysia dan majoriti penduduknya Melayu telah menjalankan aktiviti perikanan sebagai sumber utama pendapatan mereka. Pembinaan Jambatan Angkut baharu yang menghubungkan Seberang Takir ke Bandar Kuala Terengganu telah menyebabkan aksesibiliti penduduk ke bandar menjadi tinggi. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya rebakan urbanisasi ke kawasan terbabit. Permasalahan yang dibimbangi oleh penduduk Seberang Takir akibat pembinaan jambatan terbabit adalah kesan buruk terhadap pengusaha bot tambang yang menjalankan operasi bot tambang ulang alik. Seterusnya, kebimbangan lambakan warga luar Seberang Takir di kampung terbabit kerana aksesibiliti ke bandar adalah tinggi. Permasalahan lain adalah kemunculan beberapa ekonomi lokal yang baharu dan berkemungkinan tidak didominasi penduduk asal Seberang Takir. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti proses rebakan urbanisasi yang berlaku di Kampung Seberang Takir. Seterusnya adalah mengkaji faktor-faktor rebakan urbanisasi terhadap sosio-ekonomi penduduk di Kampung Seberang Takir dan meneliti impak rebakan urbanisasi terhadap sosio-ekonomi penduduk Kampung Seberang Takir. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dimana seramai 10 orang informan daripada pelbagai latar belakang telah ditemu bual. Carian data awal juga telah dijalankan oleh pengkaji di pejabat-pejabat kerajaan seperti majlis daerah dan jabatan pelancongan. Dapatan mendapati bahawa berlakunya rebakan urbanisasi di kawasan kajian hingga menyebabkan berlakunya perubahan akibat impak daripada rebakan ini. Kesimulannya, kajian dapat mengenalpasti pembangunan di Seberang Takir mampu memberikan manfaat kepada sosioekonomi penduduk Seberang Takir.

 

Kata kunci: rebakan bandar, aksesibiliti, impak, sosioekonomi, pinggir bandar.

 

ABSTRACT

Kampung Seberang Takir is a village located in the district of Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Malaysia with the Malay majority work on  fishing as their main source of income. The construction of a new Transport Bridge connecting Seberang Takir to Kuala Terengganu Town has led to increased accessibility to the city. This has led to an urban sprawl in the area. The concerns raised by the Seberang Takir residents as a result of the construction of the bridge were a devastating effect on the locals operating the shuttle boat services. Subsequently, concerns over Seberang Takir outsiders in the village were affected because accessibility to the city was high. Another problem is the emergence of some new local economies that are unlikely to be dominated by the native Seberang Takir. The objective of this study is to examine the urbanization process that took place in Kampung Seberang Takir.  The study also analysed  the factors of urbanization on the socio-economy of the Kampung Seberang Takir people and examine the impact of urbanization on the socio-economy of the people of Kampung Seberang Takir. The study used a qualitative method whom  10 informants from various backgrounds were interviewed. Initial data searches were also carried out by researchers at government offices such as the district council and the tourism department. The findings indicate that urbanization has occurred in the study area and led to changes.    In conclusion, this study  identify the development in Seberang Takir that can benefit the socioeconomic population of Seberang Takir.

Keywords: urban sprawl, accessibility, socioeconomic, impact, suburbs.

Published
2020-06-30
How to Cite
Abu Kaslan, M. F. A., & Jusoh, H. (2020, June 30). Rebakan Urbanisasi Dan Perubahan Sosio - Ekonomi Penduduk Pinggir Bandar: Kajian Kes Di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1 -1 5. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/330