Enam Elemen Aristotle Dalam Teater Menunggu Lampu Hijau
(Six Elements Of Aristotle In Theater Menunggu Lampu Hijau)
Abstract
Kajian ini membincangkan enam elemen Aristotle dalam teater Menunggu Lampu Hijau karya Hatta Azad Khan. Teater Menunggu Lampu Hijau mula dipentaskan pada tahun 2013 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2015. Teater ini telah dipentaskan lebih tiga kali dan merupakan monodrama yang paling banyak dipentaskan berulangkali. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengupas struktur dalaman teater ini bersandarkan ‘enam elemen drama’ yang dikemukan oleh Aristotle. Enam elemen tersebut merangkumi tema, plot, bahasa, watak dan perwatakan, muzik serta unsur kekaguman. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah kualitatif untuk memperolehi data bagi artikel ini. Kaedah kepustakaan digunakan untuk meneliti bahan-bahan bercetak dan digital. Selain itu, kaedah analisis kandungan diaplikasi untuk meneliti sumber primer iaitu teater Menunggu Lampu Hijau yang dipentaskan di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia, pada Oktober 2018. Hasil kajian mendapati kehadiran enam elemen yang menjadi kekuatan struktur teater ini. Sesebuah karya sastera bertunjangkan kepada tema dan plot yang sememangnya berkait rapat dengan struktur pembinaan karya sastera. Elemen bahasa, watak dan perwatakan merupakan elemen yang menggerakkan dan menyampaikan mesej dalam pementasan teater tersebut. Penggunaan muzik dan unsur kekaguman dapat membantu menarik perhatian penonton dan mempengaruhi mereka terhadap pementasan pementasan teater tersebut. Hasil kajian mendapati enam elemen tersebut dapat dirungkai secara terperinci dalam teater ini.
Kata kunci: enam elemen, kritikan teater, struktur teater, monodrama, Hatta Azad Khan.
ABSTRACT
This research discusses six elements of Aristotle in theatre Menunggu Lampu Hijau by Hatta Azad Khan. Theater Menunggu Lampu Hijau presented in 2013 and published by Dewan Bahasa dan Pustaka in 2015. This theatre was staged more than three times and is the most staged monodrama repeatedly. Therefore, the purpose of this research is to expose the internal structure of this drama that has ‘six elements of drama’ by Aristotle. This six-element include theme, plot, language, character, music and spectacle. The qualitative method becomes the main methodology for obtaining data for this article. Library research are used to scrutinize printed and digital materials. Besides that, the content analysis method was applied to scrutinize primary sources which are theatre Menunggu Lampu Hijau at Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia in October 2018. The result of the research found that the presence of six elements was the strength of the theatre. Literature works depends on theme and plot that are related to the structure of the literary masterpiece. The element of language and character are used to potray messages in the theatre. Music and spectacle help to attract viewers attention and being more understanding the content of the theatre. The results show that six elements can be solved in detail in this theatre.
Keywords: six elements, theatre criticism, theatre structure, monodrama, Hatta Azad Khan.