Keunggulan Hatta Azad Khan Dalam Monodrama Menunggu Lampu Hijau

(Excellence of Hatta Azad Khan In Monodrama Menunggu Lampu Hijau)

  • Nurul Sahirah Nazaini Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Afifah Vanitha Abdullah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Teori teksdealisme, prinsip kehadiran, monodrama, Hatta Azad Khan, kritikan drama

Abstract

Drama Menunggu Lampu Hijau sebuah karya yang dihasilkan oleh Hatta Azad Khan yang merupakan penerima Anugerah Southeast Asian Writers Award (S.E.A.) pada tahun 2008. Drama ini adalah sebuah monodrama dimana hanya seorang pelakon yang melakonkan 14 watak yang berbeza. Sehubungan dengan itu, monodrama ini dianalisis dengan mengaplikasikan prinsip kehadiran dalam teori teksdealisme. Kehadiran pengalaman pada diri seseorang pengarang amat penting untuk menghasilkan sebuah teks yang unggul. Data bagi artikel ini menggunakan penyelidikan bersifat kualitatif dengan memperoleh data dari temuramah secara atas talian dan bahan bertulis atau content analysis. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa unsur prinsip kehadiran yang ditemui di dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Proses kehadiran seperti proses pemilihan dan proses kesepaduan di dalam prinsip kehadiran dapat merungkai tahap keunggulan pengarang iaitu Hatta Azad Khan menerusi monodrama Menunggu Lampu Hijau. Sumber dan rujukan yang diperoleh pengarang bagi menghasilkan monodrama ini turut membantu bagi memperlihatkan tahap keunggulan Hatta Azad Khan menerusi monodrama Menunggu Lampu Hijau. Bentuk-bentuk kehadiran yang terdapat dalam prinsip kehadiran juga turut membantu bagi mendedahkan tahap keunggulan pengarang dalam menghasilkan monodrama ini. Impaknya, setiap teks ciptaannya menunjukkan pembaharuan dan pemantapan yang dilakukan dari semasa ke semasa di dalam sesebuah karya bagi mencapai tahap unggul sekali gus memberikan rangsangan kepada penulis-penulis lain agar sentiasa membuat sesuatu pembaharuan dalam penciptaan sesebuah karya.

Kata kunci: Teori teksdealisme, prinsip kehadiran, monodrama, Hatta Azad Khan, kritikan drama.

 

ABSTRACT

Menunggu Lampu Hijau drama was produced by Hatta Azad Khan who was the recipient of the Southeast Asian Writers Award (S.E.A.) in 2008. This drama is a monodrama where only one actor performed 14 different characters. Accordingly, this monodrama is analyzed by applying the principle of presence in the theory of textdealism. The presence of an author's own experience is crucial to producing superior text. The data for this article uses qualitative research by obtaining data from online interviews and written materials or content analysis. The results show that there are several elements of presence in the Menunggu Lampu Hijau monodrama script. Presence processes such as the selection process and the process of integration in the principle of attendance can disrupt the level of authorship of Hatta Azad Khan through the monodrama Menunggu Lampu Hijau. The sources and references obtained by the author to produce this monodrama also help to show the level of excellence of Hatta Azad Khan through the Menunggu Lampu Hijau monodrama. The forms of presence that are present in the principle of presence also help to reveal the author's level of production in producing this monodrama. The impact is that each text of his creation reflects the renewal and refinement that is being made from time to time to the point of excellence and thus stimulates other writers to constantly innovate in the creation of a work.

Keywords: Theory of textdealism, the principle of presence, monodrama, Hatta Azad Khan, critique of drama.

Published
2020-09-30
How to Cite
Nazaini, N. S., & Abdullah, N. A. V. (2020, September 30). Keunggulan Hatta Azad Khan Dalam Monodrama Menunggu Lampu Hijau. Jurnal Wacana Sarjana, 4(4), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/342