Tahap Tekanan Psikologikal Dan Perilaku Mencari Bantuan Psikologi Dalam Kalangan Mahasiswa

(Levels of Psychological Stress and Behavior Seeking Psychological Assistance Among Undergraduates)

  • Syarifah Nurul Sofia Syed Kamal Ariffin Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: stres, kebimbangan, kemurungan, DASS-21, perilaku mencari bantuan psikologi

Abstract

ABSTRAK

Masalah kesihatan mental adalah tidak asing lagi bagi golongan belia terutama sekali golongan pelajar. Pengetahuan dan pengesanan awal kesihatan mental yang baik mampu membantu dalam penjagaan kesihatan mental yang lebih efektif di samping dapat mengurangkan stigma tentang penyakit mental. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap tekanan psikologikal dan perilaku mencari bantuan psikologi. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah soal selidik yang diedarkan secara bersemuka dan google form bagi mengumpul maklumat yang dikehendaki. Kajian ini melibatkan seramai 152 orang sampel pelajar lelaki dan 3 daripada lima program dalam jurusan kejuruteraan Universiti Malaya (UM) iaitu program Kejuruteraan Awam, program Kejuruteraan Elektrik, program Kejuruteraan Kimia, program Kejuruteraan Mekanik dan program Kejuruteraan Bioperubatan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur tekanan psikologikal adalah Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21). Hasil kajian mendapati tahap tekanan psikologikal dan adalah pada tahap yang sederhana. Justeru, usaha oleh pihak bertanggungjawab perlu dilakukan seperti menjalankan ujian pemeriksaan awal dan program saringan untuk tekanan psikologikal dalam kalangan pelajar terutamanya bagi memudahkan pengesanan awal sebarang masalah kesihatan mental untuk mengelakkan masalah yang lebih serius seperti ideasi bunuh diri, cubaan bunuh diri dan kelakuan bunuh diri.

Kata kunci: stres, kebimbangan, kemurungan, DASS-21, perilaku mencari bantuan psikologi    

Published
2020-11-30
How to Cite
Syed Kamal Ariffin, S. N. S., & Abdullah @ Mohd. Nor, H. (2020, November 30). Tahap Tekanan Psikologikal Dan Perilaku Mencari Bantuan Psikologi Dalam Kalangan Mahasiswa. Jurnal Wacana Sarjana, 4(5), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/358