Menyingkap Selingkar Kisah Korban Pembangunan: Dari Batu 20 Ke Bukit Unggul

(Completing The Screen Of The Indigenous Malaysians As Victim Of Development: From Batu 20 To Bukit Unggul)

  • Nor Adli Firdaus Pusat Kajian Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Al-Amril Othman Pusat Kajian Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Orang Asli, Sungai Buah, , Bukit Unggul, UKM, pihak berkuasa

Abstract

ABSTRAK

Kertas kajian ini bertujuan menyentuh permasalahan kehidupan Orang Asli di Sungai Buah dari tahun 1970-2000. Ia membabitkan pertembungan sudut pandangan antara masyarakat Orang Asli dengan pihak berkuasa baik di peringkat negeri mahupun persekutuan. Pertembungan ini timbul disebabkan wujud konflik antara dua pihak mengenai status tanah yang dianggap sebagai tempat tinggal mereka. Ia dibuktikan menerusi analisa terhadap pembangunan yang tidak selari dengan aspirasi mereka. Perlu di ingatkan bahawa penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kelab Golf Bukit Unggul di tempat tinggal mereka telah meninggalkan suatu ironi yang kekal dalam landskap pembangunan negara. Di sebalik ironi itu, sesuatu harus dilakukan bagi menangani permasalahan mereka kerana mereka adalah sebahagian daripada warganegara.

Kata kunci: Orang Asli, Sungai Buah, Bukit Unggul, UKM dan pihak berkuasa

 

ABSTRACT                                                                            

This research paper examines the problems of indigenous Malaysian life in Sungai Buah from the year 1970-2000. It involves the convergence of points of view among the indigenous community with the authority at the State or the Federal level. This issue arises due to the conflict between two parties on the status of the land that is considered their residence. It was proved through the analysis of development that is not in line with their aspirations. Accordingly, the establishment of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and the Bukit Unggul Golf Club in their homes have left an eternal irony in the country's development landscape. Behind the irony, there is something that needs to be done to address their problems because they are part of the citizens.

Keyword: Indigenous, Sungai Buah, Bukit Unggul, UKM and authorities

Published
2020-11-30
How to Cite
Firdaus, N. A., & Othman, A.-A. (2020, November 30). Menyingkap Selingkar Kisah Korban Pembangunan: Dari Batu 20 Ke Bukit Unggul. Jurnal Wacana Sarjana, 4(5), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/359