Pengetahuan Ibu bapa Berkenaan Pedofilia Terhadap Kanak-Kanak

  • Siti Aishah Mohd Yusof
  • Nur Saadah Mohamad Aun

Abstract

ABSTRAK

 

Berdasarkan Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak boleh ditakrifkan sebagai seseorang individu yang berumur 18 tahun ke bawah. Kanak-kanak sering menjadi mangsa penderaan termasuk pedofilia kerana sikap naif yang ada pada mereka. Justeru, pengetahuan ibu bapa dianggap begitu penting terutama berkenaan penyalahgunaan kanak-kanak untuk tujuan seksual seperti pedofilia.Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan profil ibu bapa mengenai pengetahuan mereka berkenaan pedofilia. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur. Seramai tujuh orang informan yang terdiri daripada ibu bapa yang tinggal di kawasan Pekan Dengkil telah ditemu bual. Data bagi kajian  ini dianalisis meliputi aspek profil responden dan pengetahuan ibu bapa berkenaan pedofilia terhadap kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan ibu bapa masih lagi kurang berdasarkan kepada pemahaman mereka mengenai istilah, kewujudan kes dan umur sasaran mangsa pedofilia. Hasil kajian juga menyatakan bahawa umur bagi mangsa pedofilia ini diperoleh berdasarkan pendapat dan pengalaman informan dalam mengikuti perkembangan kes pedofilia  yang pernah dilaporkan di kaca televisyen, akhbar mahupun internet. Majoriti daripada informan berpendapat bahawa kanak-kanak di peringkat sekolah rendah sememangnya merupakan individu yang berpotensi tinggi menjadi mangsa berbanding individu dewasa disebabkan faktor kenaifan  serta kurangnya pengetahuan. Sehubungan itu, kepekaan dari segi pengetahuan ibu bapa amat penting bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.

 

Kata kunci : Pengetahuan,Profil, Ibu bapa, Kanak-kanak, Pedofilia

 

ABSTRACT

 

Under The Children Act 2001, a child is defined as an individual who is 18 years old and younger. Children are often being a victims of abuse, including pedophilia as they are borned naive. Thus, the knowledge of parents is very important, especially in respect of abuse of children for sexual purposes such as pedophilia. Research are conducted to obtain the profile of parents about their knowledge regarding pedophilia. The research design used is qualitative by using semi-structured interviews. Seven informants which is parents who live in Dengkil town were interviewed. The data were analyzed including the profiles and knowledge regarding pedophilia parents against children. The results showed that the lack of knowledge among parents based on their response in understanding of the term, the existence of cases of pedophilia and the age of the target victims. This study also stated that the age of the victims are obtained based on their opinions and experiences in following up cases of pedophilia that have been reported on television, newspapers or the internet. The majority of the informants thought that children in primary schools have always been a high-potential individuals as a victim than adults due to their naïve attitude  and lack of knowledge. Accordingly, the sensitivity in terms of the knowledge owned by the parents is very essential in order to ensure the safety of children.

 

Keywords :Knowledge, Profile, Parents, Children, Pedophilia

Published
2017-12-30
How to Cite
Mohd Yusof, S. A., & Mohamad Aun, N. S. (2017, December 30). Pengetahuan Ibu bapa Berkenaan Pedofilia Terhadap Kanak-Kanak. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/36