Tingkah Laku Pengundi Luar Di Kawasan Dun Tras, Raub, Pahang

(Outside Voter’s Behaviour in The Area of DUN Tras, Raub, Pahang)

  • Khalida Najwa Khairuddin Program Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Junaidi Awang Besar Program Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Geografi politik, tingkah laku pengundian, pengundi luar, sumber maklumat, kriteria parti politik

Abstract

 

Geografi politik merupakan salah satu aspek geografi manusia dan ia memberi fokus pada unit politik serta ia memberi kepentingan kepada negara. Ia memberi perhatian terhadap fenomena politik dan menumpukan perhatian kepada struktur institusi itu dijalankan dan bagaimana ia terlibat dalam pembentukan corak dan hubungan geografi antara ruang dan masa. Tingkah laku pengundian ialah pertimbangan dan pilihan seseorang pengundi untuk mengundi pihak yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya. Melalui perspektif ini, terdapat tiga pendekatan yang terlibat. Antaranya ialah pilihan rasional, model sosiologi dan identifikasi parti. Justeru kajian ini dilakukan untuk mengkaji tingkah laku pengundi luar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tras (N7), Parlimen Raub, Pahang. Beberapa kaedah telah digunakan dalam kajian ini meliputi kajian perpustakaan, soal selidik terhadap 50 orang responden dan temu bual bersama 3 informan yang terlibat secara langsung dalam politik di Raub. Hasil kajian mendapati bahawa responden lebih mempercayai sumber maklumat daripada media online/sosial iaitu dengan jumlah sebanyak 46 peratus responden. Responden juga memilih kriteria parti politik yang paling utama adalah parti politik yang memperjuangkan isu kemanusiaan iaitu ketelusan, keadilan, hak asasi manusia dan anti rasuah. Responden berpendapat bahawa mengundi di tempat bekerja akan menjimatkan masa dan kos. Selain itu, 76 peratus responden bersetuju dengan pernyataan ‘Kerajaan negeri Pahang berjaya menangani penularan wabak pandemik Covid-19 dengan baik’. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak kerajaan dan parti politik dalam memahami denyut nadi rakyat.

Kata kunci: Geografi politik, tingkah laku pengundian, pengundi luar, sumber maklumat, kriteria parti politik

 

ABSTRACT

Political geography is one of the aspects of human geography and it focuses on political units as well as it gives importance to the country. It pays attention to political phenomena and focuses on the structure of the institution in which it is carried out and how it is involved in the formation of patterns and geographical relationships between space and time. Voting behaviour is the consideration and choice of a voter to vote for the party contesting in an election. Through this perspective, there are three approaches involved. Among them are rational choice, sociological model and party identification. Therefore, this study was conducted to study the behaviour of outside voters in the State Assembly (DUN) Tras (N7), Parliamentary constituency of Raub, Pahang. Several methods have been used in this study including library research, questionnaire on 50 respondents and interviews with 3 informants who are directly involved in politics in Raub. The results of the study found that respondents trusted the source of information more than online/social media with a total of 46 percent of respondents. Respondents also chose the criterion of the most important political party is a political party that fights for humanitarian issues namely transparency, justice, human rights and anti-corruption. Respondents argue that voting in the workplace will save time and cost. In addition, 76 percent of respondents agreed with the statement ‘The Pahang state government has successfully dealt with the Covid-19 pandemic outbreak well’. It is hoped that the findings of this study can be used as a guide to the government and political parties in understanding the pulse of the people.

Keywords: Political geography, voting behaviour, outside voters, sources of information, political party criteria

Published
2021-01-30
How to Cite
Khairuddin, K. N., & Awang Besar, J. (2021, January 30). Tingkah Laku Pengundi Luar Di Kawasan Dun Tras, Raub, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1 -17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/360