Keyakinan Diri Dan Kemahiran Insaniah Mahasiswa Melalui Penglibatan Aktiviti Kesukarelawanan

(Self-confidence and Soft Skills Through Students’ Participation In Volunteerisme Activities)

  • Saqinah Ab Karim Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Noremy Md Akhir Pusat Kajian Kesejahteraan Manusia Dan Masyarakat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Keyakinan diri, kemahiran insaniah, kesukarelawanan, pelajar tahun akhir FSSK, kajian kuantitatif

Abstract

ABSTRAK

Keyakinan diri dan kemahiran insaniah merupakan aspek penting dalam transisi kehidupan mahasiswa. Aktiviti kesukarelawanan merupakan salah satu platform yang berkesan untuk mahasiswa mempraktikkan kemahiran insaniah di samping meningkatkan keyakinan diri mereka. Namun begitu, masih ramai majikan mendapati mahasiswa belum bersedia dalam menempuhi alam pekerjaan kerana mempunyai keyakinan diri dan kemahiran insaniah yang masih lemah hingga mengakibatkan graduan gagal untuk mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan, mengukur tahap keyakinan diri dan tahap kemahiran insaniah mahasiswa disamping mengkaji perbezaan keyakinan diri dan kemahiran insaniah di antara mahasiswa yang terlibat dengan kesukarelawanan dan yang tidak terlibat. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan merupakan kajian berbentuk survey. Borang soal selidik Self-Confidence Questionnaire (SCQ) dan Kemahiran Insaniah diedarkan kepada 269 orang pelajar tahun akhir Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti kebangsaan Malaysia. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Sosial Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati seramai 223 orang mahasiswa (82.9%) mengikuti aktiviti kesukarelawanan manakala 46 orang mahasiswa (17.1%) tidak pernah terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan. Dapatan lanjut akan dibincangkan dalam artikel ini. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran insaniah mahasiswa dan seterusnya mengubah perspektif majikan terhadap golongan graduan agar dapat menjamin kesejahteraan masyarakat dan ekonomi negara.

Kata kunci: Keyakinan diri, kemahiran insaniah, kesukarelawanan, pelajar tahun akhir FSSK, kajian kuantitatif

 

ABSTRACT

Self-confidence and soft skills is an important aspect of the transitions of life students. Volunteering activities is one of an effective platform for student to practice their soft skill and improve their self-confidence. However, most employers find out that the student is not ready in taking up the job, especially in terms of their confidence and soft skills that may result from the graduate failed to get a job. Therefore, the objectives of this study are to identify student involvement in the volunteering activities and to measure their level of self-confidence and soft skills. Besides, to analysis the different level of confidence and soft skills between students who are involved and not in volunteering work. This study was conducted in the quantitative method by using the survey as a research design. Self-Confidence Scale (SCS) and Soft Skills Scale questionnaire were distributed to 269 final year students at the Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. Data obtained were analyzed by using Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS). The study found out that a total of 223 students (82.9%) had involved in voluntary activities, while 46 students (17.1%) has never involved in volunteering activities.  As a conclusion, this study is expected to increase self-confidence and soft skills of students and change employers’ perspective toward graduates as well as to ensure a better society and economy nation.

Keywords: Self-confidence, soft skills, volunteering activities, final year student, quantitative study

Published
2020-11-30
How to Cite
Ab Karim, S., & Md Akhir, N. (2020, November 30). Keyakinan Diri Dan Kemahiran Insaniah Mahasiswa Melalui Penglibatan Aktiviti Kesukarelawanan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(5), 1-15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/366