Meneroka Pengalaman Pelajar Universiti Melakukan Onani Setelah Terdedah Kepada Bahan Lucah Melalui Media Elektronik

  • Leong Xin Fang
  • Nasrudin Subhi

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan meneroka pengalaman pelajar universiti melakukan onani setelah terdedah kepada bahan lucah melalui media elektronik. Seramai 10 orang pelajar universiti awam telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kaedah penyelidikan kualitatif menggunakan temu bual secara mendalam telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah persampelan bertujuan serta teknik bebola salji telah digunakan. Keputusan mendapati bahawa rakan sebaya merupakan faktor utama yang menyebabkan responden kajian ini terdedah kepada bahan lucah serta aktiviti onani. Kebanyakan responden mula mengenali bahan lucah dan mula melakukan onani sewaktu di peringkat sekolah menengah. Hal ini mempunyai perkaitan dengan usia baligh yang turut berlaku di peringkat ini. Bahan lucah yang menjadi pilihan utama responden kajian adalah bahan-bahan daripada negara Hong Kong dan Jepun. Semua responden turut menyatakan mereka telah mengurangkan kadar melakukan onani kini berbanding sewaktu usia remaja kerana beranggapan melakukannya dengan kerap akan menjejaskan kesihatan di masa akan datang. Walau bagaimanapun, mereka juga berpendapat bahawa melakukan onani dapat menjadi outlet untuk mereka melepaskan tekanan yang dialami. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan untuk manfaat bersama.

 

Kata kunci: Onani, bahan lucah, media elektronik, pelajar universiti, kualitatif

 

ABSTRACT

 

This study aims to explore the experience of masturbation among university students’ after exposure to pornography through electronic media. A total of 10 students from public universities have been selected to participate in this study. Qualitative research methods using in-depth interviews were used in this study. Purposive sampling and snow ball technique was used. The results found that peers are the main factors that caused the respondents to be exposed to pornography and masturbation activities. Most respondents came to know of pornography and began to masturbate while in secondary school. Masturbation is affiliated with the age of puberty, which also occurs at this level. Pornographic materials of choice for respondents are materials from Hong Kong and Japan. All respondents also said they have reduced rates of masturbation now compared to when in their teens because they think it will affect their health in the future. However, they also argue that masturbation can be an outlet to release the stress experienced. Implications and recommendations of the study will be discussed for mutual benefit.

 

Keywords: Masturbation, pornographic material, electronic media, university student, qualitative

Published
2017-12-30
How to Cite
Fang, L. X., & Subhi, N. (2017, December 30). Meneroka Pengalaman Pelajar Universiti Melakukan Onani Setelah Terdedah Kepada Bahan Lucah Melalui Media Elektronik. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/37