Pengaruh Kemasukan Migran Indonesia terhadap Kesejahteraan Ekonomi Penduduk di Tawau, Sabah

(The Influence of The Indonesian’s Migrants on The Economic’s Well-Being of The People in Tawau, Sabah)

  • Nurasyiva Juda Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rosniza Aznie Che Rose Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Migrasi masuk, kesejahteraan, persekitaran yang sama, aspek sosioekonomi

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membahaskan mengenai isu yang sering berbangkit di kawasan kajian ini iaitu mengenai pengaruh kedatangan migran Indonesia terhadap kesejahteraan penduduk tempatan di Tawau, Sabah. Isu ini sering terjadi kepada penduduk tempatan yang sememangnya telah lama hidup dalam persekitaran yang sama dengan penduduk Indonesia sehingga dapat menjejaskan keadaan kesejahteraan mereka. Oleh itu, dengan kajian yang dijalankan ini pengkaji dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan isu ini iaitu mengkaji mengenai pengaruh migrasi masuk penduduk Indonesia terhadap kesejahteraan warga tempatan dari aspek ekonomi. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini yang telah dibina iaitu, mengenalpasti penduduk tempatan yang tinggal dalam persekitaran yang sama dengan penduduk Indonesia, mengkaji pengaruh migrasi masuk penduduk Indonesia terhadap kesejahteraan penduduk tempatan dalam aspek sosioekonomi dan mencadangkan langkah dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk tempatan di Tawau, Sabah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis hybrid iaitu dokumen dan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 95 orang responden yang mewakili setiap ketua isi rumah yang berwarganegara Malaysia sahaja dalam kalangan yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Berdasarkan daripada hasil kajian yang diperoleh, terdapat 76 % responden memang menetap dalam persekitaran yang sama dengan penduduk Indonesia di daerah ini yang sangat berpotensi untuk dipengaruhi oleh migran tersebut. Oleh itu, diharapkan agar isu lambakan migran Indonesia di daerah ini dapat diatasi dengan sebaiknya untuk mengelakkan pengaruh negatif ke atas penduduk tempatan semakin meningkat.

Kata Kunci : Migrasi masuk, kesejahteraan, persekitaran yang sama, aspek sosioekonomi

ABSTRACT

The purpose of this study is to discuss the issues that often arise in this study area, namely the influence of inward migration of Indonesians on the well -being of local people in Tawau, Sabah. This issue often happens to locals who have lived in the same environment as Indonesians for a long time, thus affecting their well -being. Therefore, with this study, the researcher can find out more about this issue, which is to study the influence of inward migration of Indonesians on the well -being of locals in terms of economic and social. There are three main objectives in this study that have been developed, namely, to identify locals living in the same environment as Indonesians, study the influence of inward migration of Indonesians on the well -being of locals in socio -economic aspects and suggest measures to improve the well -being of locals in Tawau, Sabah. The methodology used in this study is hybrid analysis i.e. document and quantitative. The study sample consisted of 95 respondents representing each head of household who is a Malaysian citizen only among those aged 18 years and above only. Based on the results of the study, there are 76 % of respondents do live in the same environment as the Indonesian population in this district which has great potential to be influenced by the migrants. Therefore, it is hoped that the issue of dumping of Indonesian migrants in this district can be resolved in the best way to avoid the negative influence on the local population is increasing.

Keywords : inbound migration, well-being, the same environment, socioeconomic aspect

Published
2021-03-31
How to Cite
Juda, N., & Che Rose, R. A. (2021, March 31). Pengaruh Kemasukan Migran Indonesia terhadap Kesejahteraan Ekonomi Penduduk di Tawau, Sabah. Jurnal Wacana Sarjana, 5(2), 1 -16. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/394