Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan Pendidikan di Melaka

(Vernacular Education: British Problems and Challenges in Educational Development in Malacca)

  • Siti Maisarah Othman Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Suffian Mansor Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Akta Kod Pekerja 1912, Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920, , pemberian bantuan, Akta Pendidikan Wajib 1902, pendidikan vernakular

Abstract

Artikel ini merupakan suatu penelitian yang menyentuh permasalahan dan cabaran British dalam membangunkan sistem pendidikan di Melaka dari tahun 1826 hingga tahun 1940-an. Ia melibatkan pertembungan sudut pandang dan perspektif antara semua kaum termasuklah kaum Melayu, Cina, India dan Inggeris yang terdapat di Melaka. Pertembungan stereotaip ini timbul disebabkan oleh dasar polarisasi British ke atas semua kaum di Melaka sehingga memberi impak terhadap pembangunan sistem pendidikan British itu sendiri. Polarisasi terhadap sistem pendidikan ini menjadikan setiap kaum termasuklah kaum Cina dan India ingin mengamalkan sistem pendidikan secara persendirian secara tidak langsung menyebabkan British terpaksa berhadapan dengan masalah dan cabaran tertentu. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kualitatif yang merangkumi kaedah kepustakaan dan arkib serta kaedah lapangan bagi mendapatkan data. Oleh itu, kertas kajian ini akan menyentuh mengenai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh British dalam memastikan sistem pendidikan vernakular dapat dilaksanakan di Melaka, serta langkah yang berkesan dapat diambil dalam menangani konflik di antara ketiga-tiga kaum utama ini.

Kata kunci: Akta Kod Pekerja 1912, Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920, pemberian bantuan, Akta Pendidikan Wajib 1902, pendidikan vernakular

ABSTRACT

This article is a study that discuss on the problems and challenges of the British in developing the education system in Melaka from 1826 to the 1940s. It involves a clash of viewpoints and perspectives among all races, including Malay, Chinese, Indian and English in Malacca. This clash of stereotypes arose due to the British policy of polarization on all races in Melaka so as to impact the development of the British education system itself. This polarization of the education system made every race, including the Chinese and Indians, want to adopt a private education system, indirectly causing the British to face certain problems and challenges. The research method used in this study is a qualitative study that includes library and archival methods as well as field methods to obtain data. Therefore, this research paper will discuss on the problems and challenges faced by the British in ensuring the vernacular education system can be implemented in Melaka, as well as effective measures can be taken in addressing the conflict between these three major races.

Keywords: Labor Code Act 1912, School Registration Ordinance 1920, Grant-In-Aid, Compulsory Education Act 1902, vernacular education

Published
2021-03-31
How to Cite
Othman, S. M., & Mansor, S. (2021, March 31). Pendidikan Vernakular: Masalah dan Cabaran British dalam Pembangunan Pendidikan di Melaka. Jurnal Wacana Sarjana, 5(2), 1 - 12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/395