Pengenalan Awal Kisah Sarah Dalam Al-Quran

The Introduction To The Story Of Sarah In Al-Quran

  • Ainul Mardhiah Ahmad Badaruddin
  • Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi
Keywords: Kisah, Sarah, Al-Quran, Tafsir al-azhar

Abstract

Kepelbagaian kisah dalam al-Quran bertujuan supaya umat Islam mengambil pengajaran daripada sejarah yang lalu. Ada perkara yang perlu dicontohi dan ada pula yang perlu untuk dielakkan. Kisah- kisah ini meliputi pelbagai golongan, termasuklah Wanita. Salah satu kisah Wanita yang diceritakan dalam al-Quran ialah kisah Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim AS. Namun, kajian tentang Sarah kurang mendapat perhatian berbanding isteri kedua Nabi Ibrahim iaitu Hajar. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan pengenalan awal berkenaan dengan latar belakang Sarah dan sirahnya dalam al-Quran. Metodologi yang digunakan ialah kualitatif dengan rekabentuk kajian teks. Teks yang dipilih ialah Tafsir al-Azhar karya Prof Dr Hamka. Hasil kajian mendapati kisah Sarah diceritakan dalam tiga surah yang berbeza iaitu Surah Hud, Surah al-Hijr dan Surah Ad-Dzariyat. Kisah ini wajar untuk mendapat perhatian yang seimbang seperti perbincangan yang berlaku terhadap Hajar. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa Tafsir al-Azhar menggunakan pendekatan tafsir ilmi. Hamka mengetengahkan teks ayat al-Qur’an dengan maknanya untuk membantu pembaca lebih memahami maksud dan kandungan sesebuah ayat.

ABSTRACT

The variety of stories in the Qur'an is intended for Muslims to learn from past history. There are things to emulate and there are things to avoid. These stories cover a wide range of groups, including Women. One of the stories of Women narrated in the Quran is the story of Sarah, the first wife of Prophet Ibrahim AS. However, the study of Sarah received less attention than the second wife of the Prophet Ibrahim, Hajar. This study aims to reveal an early introduction with respect to Sarah’s background and her sirah in the Quran. The methodology used is qualitative with a text study design. The selected text is Tafsir al-Azhar by Prof Dr Hamka. The study found that Sarah's story was told in three dif erent surahs, namely Surah Hud, Surah Hijr and Surah Ad-Dzariyat. This story deserves a balanced attention as the discussion that took place against Hajar. In addition, the study also found that Tafsir al-Azhar uses the tafsir ilmi. Hamka highlights the text of a verse of the Qur’an with its meaning to help the reader better understand the meaning and content of a verse.

Keywords: Story, Sarah, al-Quran, Tafsir Al-Azhar.

Published
2022-07-01
How to Cite
Ahmad Badaruddin, A. M., & Mohammed Zabidi, A. F. (2022, July 1). Pengenalan Awal Kisah Sarah Dalam Al-Quran. Jurnal Wacana Sarjana, 5(2), 1-10. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/410