Perubahan Politik Negeri Terengganu: Kajian Kes Di Kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Terengganu political changes: A case in the area of DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu

  • Farah Farhana Zulkefli
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: Perubahan politik, sumber maklumat, kejayaan PAS, perubahan sokongan, senario politik

Abstract

Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2018 telah menyaksikan berlakunya perubahan politik dengan kejayaan PAS menawan kembali negeri Terengganu selepas memenangi 22 kerusi DUN. Senario ini tidak asing lagi dalam pemerintahan negeri Terengganu kerana ia sering bertukar ganti sejak dahulu lagi hinggalah kini yang hanya melibatkan persaingan sengit antara PAS dan BN sahaja. Justeru itu, adalah menjadi tujuan penulisan ini untuk mengkaji perubahan politik negeri Terengganu di kawasan DUN Bukit Besi. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan kepada soal selidik terhadap 50 orang responden, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Stastistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0 yang dipersembahkan data bentuk jadual dan rajah. Hasil kajian mendapati bahawa sumber maklumat politik yang paling dipercayai responden adalah media cetak dan media elektronik. Seterusnya, keinginan responden melakukan perubahan politik disebabkan oleh kejayaan PAS, isu dalaman negeri, isu negara dan perubahan sokongan. Dapatan kajian juga mendapati senario politik semasa menunjukkan berlakunya kerjasama BERSATU-PAS dalam pembentukan PN Terengganu dan kerapuhan kerjasama UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional. Kesimpulannya, diharapkan kajian ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, sebagai data tambahan di samping dapat dijadikan sebagai panduan serta rujukan kepada pihak yang terlibat.

ABSTRACT

The 2018 General Election (GE) has seen political changes with the success of PAS in recapturing Terengganu after winning 22 state seats. This scenario is no stranger to the Terengganu state government because it has often changed from time immemorial to the present which only involves fierce competition between PAS and BN. Therefore, the purpose of this writing is to study the political changes in Terengganu in the Bukit Besi state constituency. This study uses data collection methods based on questionnaires to 50 respondents, interviews, field observations, library research and online research. The data obtained were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 18.0 which presented data in the form of tables and diagrams. The results of the study found that the most trusted sources of political information of the respondents were print media and electronic media. Next, the respondents' desire to make political changes was due to the success of PAS, internal state issues, national issues and changes in support. The findings of the study also found that the current political scenario shows the occurrence of BERSATU-PAS cooperation in the formation of PN Terengganu and the fragility of UMNO-PAS cooperation in Muafakat Nasional. In conclusion, it is hoped that this study can improve knowledge, as additional data as well as can be used as a guide and reference to the parties involved.

 Keywords: Political change, sources of information, PAS success, support change, political scenario

 

 

Published
2022-07-01
How to Cite
Zulkefli, F. F., & Awang Besar, J. (2022, July 1). Perubahan Politik Negeri Terengganu: Kajian Kes Di Kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 5(2), 1-16. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/411