Perspektif Pengunjung Bagi Tinjauan Pengurusan Di Taman Tamadun Islam, Terengganu

Perspectives of visitor for management survey in Taman Tamadun Islam, Terengganu, Terengganu

  • Siti Nor Fazirah Sulaiman
  • Rosniza Aznie Che Rose
Keywords: kepuasan pengunjung, pelancongan, pembinaan bangunan, taman tamadun Islam

Abstract

Taman Tamadun Islam ialah sebuah kawasan pelancongan tersohor yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Sebagai taman yang mampu mencapai tahap pencampuran dua unsur iaitu seni warisan dan seni bina Islam yang dibuka pada 2008, taman ini menjadi antara destinasi kunjungan pelancong dalam dan luar negara. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai tahap pengunjung terhadap pihak pengurusan Taman Tamadun Islam. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kekangan yang perlu dihadapi oleh pengunjung, menilai prespektif pengunjung terhadap pengurusan infrastruktur dan mengemukakan kaedah yang dilakukan oleh pihak pengurusan dalam penerimaan pengunjung. Kaedah yang digunakan ialah kuantitatif dan kualitatif melibatkan 78 responden dan 2 informan yang dijadikan sampel bagi kajian ini. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan kekangan yang dihadapi oleh pengunjung atau orang ramai ialah keadaan reka bentuk bangunan di dalam Taman Tamadun Islam dan kadar daya tarikan yang semakin pudar sehingga menyebabkan pengunjung cepat merasakan jemu. Ini menunjukkan taman tersebut belum mencapai tahap kepuasan pengunjung. Pihak pengurusan juga dicadangkan menggunakan langkah penambahbaikan dalam memastikan pengunjung yang datang akan kembali melawat pada masa akan datang. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan bahan rujuk kepada pihak pengurusan taman dan kerajaan negeri dalam memastikan destinasi ini dalam pilihan pengunjung kawasan tarikan pelancong domestik dan antarabangsa.

Katakunci: kepuasan pengunjung, pelancongan, pembinaan bangunan, taman tamadun islam

 

ABSTRACT

Taman Tamadun Islam is a famous tourist area located in Kuala Terengganu, Terengganu. As a park that is get achieve the level of mixing two elements, namely heritage art and Islamic architecture, which was opened in 2008. This park has become one of the tourist destinations in and outside the country.This study was conducted to find out the real situation on the level of visitors to the management of Taman Tamadun Islam. The objective of this study is to identify the constraints that need to be faced by visitors, assess the perspective of visitors on infrastructure management and present the methods used by the management in the reception of visitors. The methods used are quantitative and qualitative involving 78 respondents and 2 informants who were sampled for this study. The results of the study show that the constraints faced by visitors or the public are the state of the building design in the Islamic Civilization Park and the rate of attraction that is fading so that visitors quickly feel tired. This shows that the park has not reached the level of visitor satisfaction. The management is also suggested to use improvement measures in ensuring that visitors will return to visit in the future. It is hoped that this study can be used as a secondry data material for the park management and the state government in ensuring this destination in the choice of visitors to domestic and international tourist attractions.

Keyword: building construction, park of islamic civilization, tourism, visitor satisfaction

Published
2022-07-01
How to Cite
Sulaiman, S. N. F., & Che Rose, R. A. (2022, July 1). Perspektif Pengunjung Bagi Tinjauan Pengurusan Di Taman Tamadun Islam, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 5(3), 1-17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/417