Pandangan Pengundi Terhadap Kerajaan Negeri Terengganu Dan Kerajaan Persekutuan Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu

The Perception Of Voters Against The Terengganu State Government And Federal Government In The State Legislative Assembly Of Bukit Besi, Dungun, Terengganu

  • Nur Elya Syafika Kamarozaman
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: kerajaan, pilihan raya, parti politik, manifesto, pemerintahan

Abstract

Pilihan raya adalah sebuah institusi penting terhadap pemerintahan negara demokrasi yang memberi pengiktirafan untuk memerintah sesebuah negara. Parti politik yang memenangi sesuatu pilihan raya akan membentuk kerajaan yang akan melaksanakan dasar yang dijanjikan dalam manifesto ketika kempen pilihan raya. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pandangan pengundi terhadap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Bagi mencapai objektif kajian, kajian di lapangan dijalankan melibatkan pengedaran borang soal selidik kepada 100 orang responden serta temu bual terhadap tiga informan yang berkepentingan dalam politik. Selain itu, rujukan terhadap sumber sekunder yang berkaitan juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai kajian ini. Seterusnya, data daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dipaparkan dalam bentuk jadual serta rajah. Hasil kajian mendapati bahawa sumber maklumat media elektronik dan media alternatif paling berpengaruh dan sering digunakan oleh responden untuk mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Selain itu, hasil kajian menunjukkan rakyat berpandangan bahawa pemerintahan Kerajaan Negeri menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pemimpin dengan baik manakala pemerintahan di peringkat Kerajaan Persekutuan pula dilihat kurang memberangsangkan seperti yang diharapkan oleh rakyat. Seterusnya, impak program yang dijalankan oleh Kerajaan PAS di Negeri Terengganu dilihat diterima dan disambut baik oleh rakyat manakala di peringkat Kerajaan Persekutuan pula impak program yang dijalankan kurang mendapat sambutan dan penerimaan yang baik oleh rakyat. Justeru itu, kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada pengkaji akan datang seterusnya dapat memberi manfaat kepada pihak yang terlibat dalam dasar kerajaan sama ada pada peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan.

 Kata kunci: Kerajaan, pilihan raya, parti politik, manifesto, pemerintahan

 

 ABSTRACT

 Elections are an important institution of the government of a democratic country that gives recognition to the rule of a country. The winner of political party will form a government that will implement the policy promised in the manifesto during the election campaign. Hence, this research was purpose to study the views of voters against the State Government and Federal Government in the state legislative assembly of Bukit Besi, Dungun, Terengganu. In order to achieve the objectives of the study, fieldwork research were used which is distributing the questionnaire to 100 respondents and interviewing three informants who were involved in politics. Besides, references of secondary sources also used for additional information on this study. Next, data from the questionnaire were analysed using the SPSS software then will be presented in the form of tables and diagrams. The result showed that electronic media sources and alternative media sources were the most influential and frequently used by respondents to get information about the State Government and Federal Government. Besides, the result also showed that the views of people against the State Government was carrying their duties and responsibilities as a good leader while at the Federal Government level is not encouraging as the people expect. Next, the impact of the programmes by the PAS government in Terengganu was accepted by the people while the level impact of the programmes at Federal Government was not well accepted by the people. Therefore, it is hoped that this research will serve as a guide and references to the next researchers and can give benefit to those who were involved in government policy at the state and federal level.

Keywords: Government, election, political party, manifesto, governance

Published
2022-07-01
How to Cite
Kamarozaman, N. E. S., & Awang Besar, J. (2022, July 1). Pandangan Pengundi Terhadap Kerajaan Negeri Terengganu Dan Kerajaan Persekutuan Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 5(3), 1-29. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/418