Aliran Migrasi Dalaman di Selangor pada Tahun 2000 Sehingga 2019

Internal Migration Trends in Selangor, 2000-2019

  • Noor Fakhira Aqeela Azham
  • Rosniza Aznie Che Rose
Keywords: aliran migrasi dalaman, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lambakan migrasi dalaman, migrasi, pengangguran, taburan pengangguran, taburan penduduk

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis aliran migrasi dalaman di Selangor pada tahun 2000 sehingga 2019. Ia turut membincangkan taburan pengangguran yang berlaku di Selangor pada 1982 sehingga 2019. Isu makroekonomi tersebut tidak asing lagi di kawasan kajian. Hal ini kerana negeri Selangor merupakan negeri destinasi utama migran di Malaysia disebabkan oleh pelbagai faktor penarik terutamanya dalam sektor ekonomi. Selain itu, negeri tersebut adalah negeri utama yang menyubang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Buktinya, pada tahun 2018 selangor menyumbang sebanyak 23.7 peratus kepada KDNK negara dan sekali gus mengekalkan statusnya sebagai penyumbang utama pelaburan tertinggi di Malaysia. Kajian ini mempunyai tiga objektif, yang pertama iaitu mengenalpasti  aliran migran dalam negeri dan antara negeri, objektif kedua adalah menganalisis taburan pengangguran dan objektif ketiga adalah mencadangkan langkah yang sesuai untuk menangani isu pengangguran di negeri Selangor pada tempoh berkenaan. Ketiga-tiga objektif kajian tersebut dapat dicapai melalui kaedah pengumpulan data sekunder iaitu pembacaan ilmiah untuk mengukuhkan lagi data sekunder yang diperolehi daripada laman rasmi kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, berlaku penurunan migrasi bersih di Selangor. Ini kerana corak migrasi telah berubah seiring dengan waktu. Walau bagaimanapun, negeri Selangor tetap menjadi pilihan kebanyakan migran bagi tempoh berkenaan.

Kata kunci: aliran migrasi dalaman, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lambakan migrasi dalaman, migrasi, pengangguran, taburan pengangguran, taburan penduduk


ABSTRACT

The purpose of this study is to analyze the Aliranof internal migration in Selangor in 2000 to 2019. It also discusses the distribution of unemployment that occurred in Selangor in 1982 to 2019. Macroeconomic issues are no stranger to the study area. This is because the state of Selangor is the main destination state for migrants in Malaysia due to various attractive factors, especially in the economic sector. Apart from that, the state is the main state that contributes to Malaysia's Gross Domestic Product (GDP). The proof is that in 2018, Selangor contributed 23.7 percent to the country's GDP and thus maintained its status as the highest contributor of investment in Malaysia. This study has three objectives, the first is to identify the flow of migrants within the state and between states, the second objective is to analyze the distribution of unemployment and the third objective is to propose appropriate measures to address the issue of unemployment in the state of Selangor during the period. The three objectives of the study can be achieved through secondary data collection methods, namely scholarly reading to further strengthen the secondary data obtained from official government websites such as the Department of Statistics Malaysia. Based on the results of the study, there is a decrease in net migration in Selangor. This is because migration patterns have changed over time. However, the state of Selangor remained the choice of most migrants for the period.

Keywords: internal migration trends, Gross Domestic Product (GDP), internal migration dumping, migration, unemployment, unemployment distribution, population distribution

Published
2022-07-01
How to Cite
Azham, N. F. A., & Che Rose, R. A. (2022, July 1). Aliran Migrasi Dalaman di Selangor pada Tahun 2000 Sehingga 2019. Jurnal Wacana Sarjana, 5(3), 1-17. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/419