Peranan Galeri Sultan Azlan Shah Sebagai Pendidikan Tidak Formal

  • Nor Hidayah Binti Abas
  • Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini membincangkan mengenai peranan Galeri Sultan Azlan Shah sebagai pendidikan tidak formal. Muzium atau galeri merupakan suatu institusi yang dikenali sebagai tempat yang dilihat tidak mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana muzium dianggap sebagai tempat mempamerkan barangan yang tidak bernyawa dan purba. Pada masa kini, muzium telah menjadi tumpuan masyarakat untuk memperoleh maklumat dan telah menjadi pusat pendidikan secara tidak formal kepada masyarakat dan khususnya kepada pelajar. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti peranan Galeri Sultan Azlan Shah itu sebagai pendidikan tidak formal. Kajian ini telah menggunakan metodologi kajian kualitatif iaitu kajian lapangan dan kajian perpustakaan dengan disokong teknik analisis, bacaan rapi dan intreprestasi dalam usaha mengumpul bahan-bahan kajian. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada teori peranan. Teori peranan digunakan sebagai panduan untuk membincangkan mengenai peranan yang dimainkan oleh galeri itu. Hasil dapatan kajian mendapati galeri ini telah memberi peranan yang besar dalam menyebarkan ilmu mengenai kesultanan Melayu Perak. Hal ini, pengetahuan dan penyebaran ilmu tidak semestinya melalui sekolah, sebaliknya boleh juga diperolehi daripada galeri secara tidak formal. Justeru itu, Galeri Sultan Azlan Shah sebagai pendidikan tidak formal telah berjaya menyampaikan maklumat-maklumat yang disediakan untuk pengetahuan dan pendidikan tidak formal kepada pelawat dan khususnya terhadap rakyat dan penduduk negeri Perak amnya.

 

Kata Kunci: Galeri Sultan Azlan Shah, pendidikan tidak formal, peranan, masyarakat dan muzium

 

ABSTRACT

 

This study discusses about Galeri Sultan Azlan Shah as role informal education. The museum or gallery is an institution known as the place which not received in the community. This is because the museum is considered as the exhibition of inanimate and ancient treasures. However, nowadays the museum has become the focus of the public to obtain information and being centre of informal education center to the community, and particularly to the students. The objective of this study to identify Galeri Sultan Azlan Shah role as informal education. This study has been used qualitative method which include both field and library research that supported by the analysis technique, intensive reading and interpretation in the effort to collect study materials. The approach used in this study is based on the theory of roles in which serve as a guideline in discussing the role played by the gallery. The findings of indicate that this gallery has provided a major role in spreading knowledge about the Malay Sultanate of Perak. It is, knowledge and the dissemination of knowledge is not necessarily through the school, but can also be obtained from the gallery in informal way. Therefore, Galeri Sultan Azlan Shah as informal education has managed to convey the available information as the knowledge and informal education to the visitor as well as the citizens of the state in general.

 

Key Words: Galeri Sultan Azlan Shah, informal education, role, community and museum

Published
2017-12-30
How to Cite
Abas, N. H. B., & Mohd Yusoff, M. Y. (2017, December 30). Peranan Galeri Sultan Azlan Shah Sebagai Pendidikan Tidak Formal. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/42