Cerita Rakyat Bawang Putih Bawang Merah Versi Malaysia & Indonesia: Perbandingan Latar Budaya

Folk Stories of Bawang Putih Bawang Merah Version of Malaysia & Indonesia: A Comparison of Cultural Background

  • Muhammad Irfan Waqiuddin Hasanudin
  • Mohd Affiq Affandy Azlizan
  • Muhd Norizam Jamian
Keywords: Bawang Putih Bawang Merah, cerita rakyat, Indonesia, latar budaya, Malaysia

Abstract

Cerita rakyat seperti Bawang Putih Bawang Merah turut menggambarkan latar budaya masyarakat yang menuturkannya. Kertas kerja ini mengupas latar budaya dalam cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah versi Malaysia dan Indonesia. Analisis mengenai latar budaya masyarakat Melayu ini dilakukan berdasarkan konsep kebudayaan oleh Koentjaraningrat (2000). Dua objektif kajian telah ditetapkan iaitu menganalisis latar budaya dalam cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah di Malaysia dan Indonesia; dan membuat perbandingan latar budaya yang terkandung dalam kedua-dua versi cerita rakyat tersebut. Dari segi metodologi, kajian ini berorientasikan kajian kepustakaan yang berteraskan kaedah kualitatif. Data kajian melibatkan kisah Bawang Putih Bawang Merah, versi Malaysia hasil selenggaraan Rubaidin Siwar (2002) dan Bawang Merah dan Bawang Putih versi Indonesia hasil selenggaraan Faza (2016). Selain itu, kaedah analisis kandungan dan teknik bacaan rapi diguna pakai untuk menganalisis data. Analisis dilakukan dengan memfokuskan tiga unsur kebudayaan iaitu bahasa, agama dan kepercayaan, dan ekonomi. Hasil kajian membuktikan bahawa cerita rakyat turut mencerminkan latar budaya sesebuah masyarakat. Cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu di Malaysia dan Indonesia memiliki unsur kebudayaan yang tersendiri dan istimewa. Sebagai bangsa serumpun yang berkongsi cerita rakyat yang serupa, masyarakat Melayu di kedua-dua negara saling memiliki persamaan budaya yang boleh dikongsi bersama dan perbezaan yang mengangkat keunikan jati diri masing-masing.

 Kata kunci: Bawang Putih Bawang Merah, cerita rakyat, Indonesia, latar budaya, Malaysia

 

ABSTRACT

 Folk stories like the Bawang Putih Bawang Merah are describing the cultural background of the society that governs it. This paper clears the cultural background in the story of the people of the Malaysian and Indonesian versions of the Bawang Putih Bawang Merah. Analysis of the cultural background of the Malay society is carried out based on the concept of culture by Koentjaraningrat (2000). Two objectives of the study have been set, namely to analyse the cultural background in the folklore of Bawang Putih Bawang Merah in Malaysia and Indonesia; and make a comparison of the cultural background contained in the two versions of the folklore. From a methodological point of view, this study focuses on library research that describes qualitative methods. Research data include the story of the Malaysian version Bawang Putih Bawang Merah, by Rubaidin Siwar (2002) and Indonesian version by Faza (2016). In addition, the methods of content analysis and detailed reading techniques are used to analyse data. The analysis is done by focusing on three elements of culture: language, religion, and economic. Research has shown that folk stories are reflecting the cultural background of a society. The story of the Bawang Putih Bawang Merah shows that the Malay people in Malaysia and Indonesia have an individual and special cultural element. As a nation sharing the stories of a similar people, the Malay people in both countries have a shared equality and a difference that enhances the genius of each other.

 Keywords: Bawang Putih Bawang Merah, folk tales, Indonesia, cultural background, Malaysia

Published
2022-07-01
How to Cite
Hasanudin, M. I. W., Azlizan, M. A. A., & Jamian, M. N. (2022, July 1). Cerita Rakyat Bawang Putih Bawang Merah Versi Malaysia & Indonesia: Perbandingan Latar Budaya. Jurnal Wacana Sarjana, 5(3), 1-21. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/420