Budaya Konsumerisme Dalam Kalangan Penggemar Korea Pop (KPOP)

Consumerism Culture Among Korean Pop Lovers (KPOP)

  • Norafiqah Shahirah Ayob
  • Azlina Abdullah
Keywords: konsumerisme, sub budaya Kpop, kapitalis, kesan

Abstract

Perkembangan arus globalisasi pada hari ini telah menyebabkan berlakunya penyebaran budaya dengan mudah dalam kalangan masyarakat pada hari ini terutamanya budaya dari Korea Selatan iaitu melalui industri hiburan muzik Kpop. Berkembangnya sub budaya Kpop dalam masyarakat pada hari ini terutamanya dalam kalangan remaja telah memberi kesan terhadap budaya konsumerisme terhadap produk-produk Kpop secara meluas. Oleh itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor dan kesan-kesan budaya konsumerisme dalam kalangan penggemar Kpop. Kaedah penelitian dalam kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik pengumpulan data yang digunakan adalah temu bual dan pemerhatian tidak ikut serta yang dijalankan di platform media massa. Sampel kajia dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Manakala proses analisis data kualitatif yang dikutip dilakukan melalui tiga peringkat iaitu penyaringan data, pengelompokan dan persembahan data. Hasil kajian mendapati bahawa faktor-faktor yang telah diterapkan oleh golongan kapitalis merangkumi faktor individu, faktor lingkungan dan faktor media massa yang mana telah memberi kesan keatas tingkah laku konsumerisme penggemar Kpop. Antara kesan positif adalah dapat meningkatkan motivasi pengguna untuk bekerja keras. Manakala kesan negatif adalah ke atas kewangan pengguna.

Kata kunci: konsumerisme, sub budaya Kpop, kapitalis, kesan 

 

ABSTRACT

The development of globalization today has led to the spread of culture easily among today's society, especially the culture from South Korea through the Kpop music entertainment industry. The growth of Kpop sub-culture in society today especially among teenagers has affected the culture of consumerism towards Kpop products widely. Therefore, the purpose of this study is to look at the factors and effects of consumerism culture among Kpop fans. The research method in this study is a qualitative approach. The data collection techniques used are semi -structured apart from non -participatory observation methods carried out on mass media platforms. Data analysis techniques are performed through three techniques, namely data reduction, categorization and data presentation. The results of the study found that the factors that have been applied by the capitalists consisting of individual factors, environmental factors and mass media factors have had an impact on the consumerism behavior of Kpop fans. The positive implications is to increase consumer motivation to work hard. While the negative effect is on the finances

Keywords: consumerism, Kpop subculture, capitalism, effect

Published
2022-07-01
How to Cite
Ayob, N. S., & Abdullah, A. (2022, July 1). Budaya Konsumerisme Dalam Kalangan Penggemar Korea Pop (KPOP). Jurnal Wacana Sarjana, 5(3), 1-16. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/425