Hubungan di Antara Gaya Perapatan, Orientasi Keagamaan dan Kemurungan di Kalangan Pelajar IPT

The Relationship between Attachment Style, Religious Orientation and Depression Among IPT Students

  • Maryam Qistina Nur-Rahman Ahmad Nazri
  • Wan Shahrazad Wan Sulaiman
Keywords: psikologi, gaya perapatan, orientasi keagamaan, kemurungan, pelajar IPT

Abstract

Isu kemurungan merupakan isu kesihatan mental yang berlaku di seluruh dunia tidak mengira bangsa dan agama. Namun perkara ini tidak boleh dibiarkan terjadi kerana kemurungan bukan sahaja penyakit mental malahan ianya akan membawa kepada gejala membunuh diri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti  hubungan  di antara gaya perapatan, orientasi keagamaan  dan kemurungan di kalangan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah survei. Teknik persampelan yang digunakan ialah  teknik persampelan  mudah dan seramai 424 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik ujian Experience in Close Relationship (ECR) untuk mengukur Gaya Perapatan. Seterusnya alat ujian Religious Orientation Scale (ROS) digunakan untuk mengukur dan mengenalpasti orientasi keagaamaan individu, dan akhir sekali ialah  Beck Depression Inventory (BDI) untuk mengukur kemurungan. Soal selidik yang digunakan telah diubahsuai berdasarkan kepada keperluan kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis  kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Manakala  analisis korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya perapatan tidak selamat dengan kemurungan. Orientasi keagamaan ekstrinsik juga didapati berhubungan signifikan dengan kemurungan. Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada ibu bapa agar dapat mempraktikkan gaya perapatan selamat. Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu ahli psikologi dalam menganalisis data terbaru untuk mengenalpasti hubungan orientasi keagamaan dan gaya perapatan dengan kemurungan.

Kata kunci: psikologi, gaya perapatan, orientasi keagamaan, kemurungan, pelajar IPT

 

ABSTRACT

The issue of depression is a mental health issue that occurs all over the world regardless of race and religion. But this should not be allowed to happen because depression is not only a mental disorder but it will also lead to suicidal behavior This study aims to identify  the relationship between attachment style,  religious orientation  and depression among students in the Institute of Higher Education in Malaysia. This study used a survey design. The sampling  technique used  was convenience sampling and a total of 424 respondents were involved in the study. The research instrument used was an adaptation of the Experience Close Relationship (ECR) questionnaire to measure Attachment Style. Next  was the Religious Orientation Scale (ROS) to measure  religious orientation, and finally the Beck Depression Inventory (BDI) to measure depression. The questionnaire used was modified based on the needs of this study. The data obtained were analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 11.5. Descriptive analysis was used to analyze frequency, percentage, mean and standard deviation. Pearson Correlation Coefficient  was used to test the  hypotheses. The results showed that there was a significant relationship between secure attachment style and depression. Similarly with extrinsic religious orientation, there  was a significant relationship with depression. This study can contribute to increase knowledge among parents  to practice secure attachment style. This study can also give the psychologists the  current data in identifying the relationship between religious orientation,  attachment styles  and depression.ssion.

Keywords:  Attachment styles, religious orientation, depression, IPT students

Published
2022-07-02
How to Cite
Ahmad Nazri, M. Q. N.-R., & Wan Sulaiman, W. S. (2022, July 2). Hubungan di Antara Gaya Perapatan, Orientasi Keagamaan dan Kemurungan di Kalangan Pelajar IPT. Jurnal Wacana Sarjana, 5(4), 1-15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/427