Pengaruh Faktor Psikologikal Terhadap Kerentanan Pengantunan Seksual Kanak-kanak Dalam Talian

The Influence of Psychological Factors on The Vulnerability of Children’s Online Sexual Grooming

  • Nur Hafiza Ahmad
  • Salina Nen
Keywords: neurotisisme, kawalan diri, estim kendiri, kanak-kanak, pengantunan seksual dalam talian

Abstract

Pengantunan seksual dalam talian merupakan salah satu daripada jenayah siber yang berbahaya dan ia didefinisikan sebagai proses persediaan dan pendedahan kanak-kanak terhadap seks sebelum melakukan penderaan seksual secara dalam talian seperti menggunakan platform media sosial. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh faktor psikologikal iaitu tret personaliti neurotisisme, kawalan diri dan estim kendiri terhadap kerentanan pengantunan seksual kanak-kanak dalam talian. Seramai 162 kanak-kanak di seluruh Malaysia berumur 13 hingga 17 tahun terlibat dengan kajian ini. Kajian kuantitatif berbentuk kajian rentas telah dijalankan melalui edaran borang soal selidik elektronik Google Form yang diedarkan melalui Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter. Hasil analisis kajian mendapati tret personaliti neurotisisme (r=0.417, p=0.00) dan estim kendiri (r=0.206, p=0.00) mempunyai hubungan korelasi dengan kerentanan pengantunan seksual kanak-kanak dalam talian. Analisis regresi pelbagai mendapati kanak-kanak yang mempunyai tret personaliti neurotisisme yang tinggi dan estim kendiri yang rendah mempunyai kerentanan yang tinggi terhadap pengantunan seksual dalam talian. Tambahan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan mempunyai tahap kerentanan yang sama bagi pengantunan seksual dalam talian. Kajian yang selanjutnya bagi faktor-faktor yang mempengaruhi kerentanan kanak-kanak wajar untuk dilaksanakan pada masa depan. Hal ini adalah kerana bagi mencegah kerentanan kanak-kanak terhadap jenayah seksual dalam talian dengan memanipulasi faktor and seterusnya mendidik kanak-kanak dan ibu bapa melalui psikopendidikan dan intervensi sebagai langkah pencegahan serta menjadi fokus perbincangan bagi kajian akan datang.

Kata kunci: neurotisisme, kawalan diri, estim kendiri, kanak-kanak, pengantunan seksual dalam talian

 

ABSTRACT

Online sexual grooming is one of dangerous sexual cybercrime. It's defined as the act of preparing and exposing a youngster to sex prior to engaging in online sexual abuse through social media platforms. The impact of psychological characteristics such as neuroticism, self-control, and self-esteem on children's online sexual grooming vulnerability was investigated in this study. A total of 162 children aged 13 to 17 years old from all throughout Malaysia took part in this study. A quantitative investigation in the form of a cross-sectional study was carried out by distributing a Google Form-based electronic questionnaire via Whatsapp, Facebook, Instagram and Twitter. The results of the investigation revealed that neuroticism personality traits (r= 0.417, p=0.00) and self-esteem (r=0.206, p=0.00) were linked to the vulnerability to children's online sexual grooming. Multiple Regression analysis also revealed that children with high neuroticism and low self-esteem were particularly vulnerable to online child sexual grooming. In addition, boys and girls have similar levels of vulnerability to oniline sexual grooming. In the future, more research into the elements that influence children's sensitivity is desirable. Parents and children must be trained to recognise and understand these risks, as well as strategies to protect themselves and their families, in order to prevent children from being victims of cybersex crimes.

Keyword: neuroticism, self-control, self-esteem, child, online sexual grooming.

Published
2022-07-02
How to Cite
Ahmad, N. H., & Nen, S. (2022, July 2). Pengaruh Faktor Psikologikal Terhadap Kerentanan Pengantunan Seksual Kanak-kanak Dalam Talian. Jurnal Wacana Sarjana, 5(4), 1-18. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/430