Pengetahuan Pedagogi Guru dan amalan empati Sejarah dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Pedagogy knowledge of teachers and the curriculum to cultivate the practice of empathy in teaching History subject to secondary school students

  • Aidah Edin
  • Mohd Mahzan Awang
  • Abdul Razaq Ahmad
  • Santhi Pillai
Keywords: pedagogi, norma, empati, persfektif, kuantitatif

Abstract

Penyelidikan berkaitan pedagogi guru sejarah adalah disarankan bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran. Justeru, kajian dalam aspek pengetahuan isi kandungan dapat memupuk amalan empati dalam diri pelajar sekolah menengah. Dalam hal ini, penerapan empati sejarah menggunakan bukti sejarah dapat membina persfektif masa lalu untuk menimbulkan pemikiran kritis dalam diri pelajar. Objektif kajian ialah menentukan tahap kompetensi guru daripada aspek pengetahuan isi kandungan Sejarah, menilai pengetahuan pedagogi guru sejarah dalam aspek pengetahuan isi kandungan Sejarah dan penerapan amalan empati sejarah dalam diri pelajar sekolah menengah.  Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang melibatkan 90 orang guru Sejarah dari sekolah-sekolah menengah di negeri Sabah dan seramai 1000 orang pelajar tingkatan 4 dengan teknik persampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data. Implikasi kajian ini dapat memaklumkan kepada guru Sejarah dan pihak berkenaan tentang tahap kompetensi pengetahuan guru-guru Sejarah dalam melaksanakan nilai empati Sejarah di bilik darjah..Cadangan daripada hasil kajian ini bahawa guru Sejarah perlu meningkatkan  kompetensi pengetahuan pedagogi bagi memahami dan  menguasai pelbagai kemahiran mengajar pembelajaran abad 21 seperti pendekatan masteri . Selain itu ,pengetahuan guru dalam melaksanakan aktiviti berfikir dapat menyumbang kepada perubahan pendekatan serta kaedah pengajaran guru dalam bilik darjah berdasarkan aspek kurikulum, pedagogi dan juga pentaksiran. Oleh itu, guru perlu bersedia untuk menguasai ilmu pembelajaran abad ke-21 dengan suasana norma baharu.

Kata Kunci: pedagogi, norma, empati, persfektif, kuantitatif

 

ABSTRACT

Research related to the pedagogy of history teachers is recommended to increase the effectiveness in teaching. Thus, research in the aspect of content knowledge can foster the practice of empathy in secondary school students.The application of History using evidences in the history subject to reconstruct old prepositions to evoke critical thinking among students.The objective of the study is to determine the level of teacher competence from the aspect of History content knowledge, evaluate the pedagogical knowledge of history teachers in the aspect of History content knowledge and the application of historical empathy practice in secondary school students. This study uses a quantitative design with a survey method involving 90 History teachers from secondary schools in the state of Sabah and a total of 1000 Form 4 students with a simple random sampling technique. Questionnaire instruments were used in the data collection process. The suggestions from the results of this study where History teachers need to improve pedagogical knowledge competencies to understand and master various 21st century learning teaching skills such as mastery approach. In addition, teachers' knowledge in implementing thinking activities can contribute to changes in approaches and teaching methods of teachers in the classroom based on aspects of curriculum, pedagogy and assessment. Teachers must be prepared to master knowledge in 21st century learning for the teaching and learning of the new norm classroom atmosphere.

Keywords: pedagogy, norm, empathy,determine, quantitative

Published
2022-07-02
How to Cite
Edin, A., Awang, M. M., Ahmad, A. R., & Pillai, S. (2022, July 2). Pengetahuan Pedagogi Guru dan amalan empati Sejarah dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Wacana Sarjana, 5(4), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/433