Hikayat Raja Nazir Syah: Analisis Kepimpinan

  • Muhamad Farhan Kamarjan
  • Zubir Idris

Abstract

ABSTRAK

 

Kertas kerja ini membincangkan tentang persoalan kepimpinan yang terdapat dalam teks  kesusasteraan Melayu tradisional. Hikayat Raja Nazir Syah telah digunakan sebagai data kajian. Untuk meneliti aspek tersebut, model kepimpinan digunakan bagi mengkaji aspek kepimpinan yang terdapat di dalam teks. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa aspek kepimpinan di dalam teks yang dikaji, yang boleh dimanfaatkan oleh khalayak pembaca, khususnya kepada pemimpin. Antaranya ialah bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara, menunaikan amanah, berlaku adil terhadap rakyat, mengamalkan sistem muafakat dalam pentadbiran dan mengatur strategi ketenteraan yang berkesan. Aspek-aspek kepimpinan yang dibentuk mengikut kesesuaian di dalam Hikayat Raja Nazir Syah ini merupakan salah satu cara yang dapat digunakan sebagai pengajaran dan pedoman kepada pemimpin.

 

Kata Kunci: model kepimpinan, bertanggungjawab, amanah, adil, muafakat,  strategi ketenteraan

 

 

ABSTRACT

 

This paper discusses the question of leadership in traditional Malay literary texts. Hikayat Raja Nazir Shah has been used as research data. To examine these aspects, the leadership model was used to study the aspects of leadership that are present in the text. The study found that there are some aspects of leadership in the texts studied, which can be exploited by an audience of readers, especially the leaders. Among them are responsible for the people and the country, to fulfill the trust, justice to the people, have a system of consensus in the administration and organize an effective military strategy. Aspects of leadership to be formed as appropriate in the Hikayat Raja Nazir Shah is one of the ways that can be used as teaching and guidance to the leader.

 

Keywords: leadership model, responsible, trust, justice, consensus in the administration,  military strategy

Published
2017-12-30
How to Cite
Kamarjan, M. F., & Idris, Z. (2017, December 30). Hikayat Raja Nazir Syah: Analisis Kepimpinan. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/44