Laras Bahasa Dalam ‘Aplikasi Facebook Polis Daerah Penampang’

Language Register In ‘Facebook Application Polis Daerah Penampang’

  • Putri Nur Hanissha Hasyim
  • Harishon Radzi
Keywords: Laras bahasa, kosa kata, pandemik, Facebook, Covid-19

Abstract

Laras bahasa merupakan salah satu topik yang meluas difokus sebagai tajuk kajian dalam bidang linguistik kerana pelbagai aspek boleh disentuh yang melibatkan pelbagai data. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memaparkan laras bahasa yang digunakan dalam laman Facebook Polis Daerah Penampang, Sabah, negeri di bawah Bayu. Kajian ini menggunakan pendekatan Ure & Ellis sebagai panduan untuk memastikan data yang dikumpul dapat dianalisis secara  tepat dan sahih.  Objektif kajian ini ialah i) mengenal pasti laras bahasa yang digunakan dalam laman Facebook Polis Daerah Penampang berdasarkan teori Ure & Ellis; ii) mengklasifikasikan ciri keperihal berdasarkan teori Ure &Ellis. Kaedah kajian melibatkan kajian teks iaitu  mendapat data melalui posting-posting yang dimuat naik di laman Facebook Polis Daerah Penampang sebagai sumber data utama terutamanya berkaitan  fenomena pandemik Covid-19. Hasil kajian mendapati bahawa laman Facebook Polis Daerah Penampang ini menggunakan laras biasa dan laras berita dalam menyampaikan maklumat-maklumat di setiap posting yang dilakukan. Kajian ini membuktikan wujudnya latar budaya masyarakat negeri Sabah kerana Penampang merupakan salah sebuah daerah di negeri Sabah.

Kata Kunci : Laras bahasa, kosa kata, pandemik, Facebook,Covid-19

 

ABSTRACT

Language register is one of the topics that is widely focused as a research topic in the field of linguistics because of the various aspects that can be explored that involve various of data. This study was conducted to show the language register used in the Facebook page of Polis Daerah Penampang, Sabah. This study used the Ure & Ellis theory as a guide to ensure that the data collected can be analysed accurately and reliably. The objectives of this study are i) to identify the language register used in the Facebook page of Polis Daerah Penampang based on Ure & Ellis theory; and ii) to classify the descriptive features based on Ure & Ellis theory. The research method involves a text study by obtaining the data through posts uploaded on the Polis Daerah Penampang Facebook page especially related to the Covid-19 pandemic phenomenon as the main source of data. The results of the study found that the Polis Daerah Penampang Facebook page uses the normal register and news register in conveying the information in every post made. This study proves the existence of the cultural background of the people of Sabah because Penampang is one of the districts in Sabah.

Keywords: Register, vocabulary, pandemic, Facebook, Covid-19

Published
2022-07-04
How to Cite
Hasyim, P. N. H., & Radzi, H. (2022, July 4). Laras Bahasa Dalam ‘Aplikasi Facebook Polis Daerah Penampang’. Jurnal Wacana Sarjana, 5(5), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/445