Kesalahan Penggunaan Imbuhan Bahasa Melayu Dalam Instagram

The Use Affix Error In Malay Language On Instagram

  • Tengku Nur Syamila Tengku Din
  • Kartini Abd Wahab
Keywords: morfologi, kesalahan imbuhan, bahasa Melayu, media sosial, Instagram

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang kesalahan imbuhan bahasa Melayu dalam media sosial. Setiap ayat dalam kapsyen di media sosial tidak semestinya menggunakan bentuk kata daripada proses pengimbuhan yang betul dan ia boleh menyukarkan pemahaman pengguna media sosial yang lain. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk merungkai permasalahan yang timbul mengenai penggunaan imbuhan yang sering digunakan dalam media sosial. Objektif kajian adalah untuk menganalisis kekerapan jenis kesalahan imbuhan dalam penulisan kapsyen Instragram dan perkaitannya dengan aspek gramatikal. Kajian ini merupakan kajian morfologi yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kuantitatif melibatkan pemerhatian dan analisis kapsyen ke atas 30 akaun Instagram untuk meneliti kekerapan kesalahan penggunaan imbuhan. Kaedah kualitatif pula diterapkan dalam perbincangan kesalahan penggunaan imbuhan dan hubung kaitnya dari segi gramatikal. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga jenis kesalahan imbuhan bahasa Melayu dalam Instagram yang dikaji iaitu imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Dari segi kekerapan, kesalahan imbuhan yang tertinggi ditemui adalah kesalahan imbuhan akhiran iaitu 44%,diikuti imbuhan awalan 16.92% dan apitan sejumlah 15.38%. Setiap jenis kesalahan tersebut mempunyai hubung kait darisegi kegramatisan khususnya makna ayat dan juga hubungan kohesif dan koherensi dalamkapsyen yang digunakan. Hal ini kerana perubahan suatu bentuk kata itu apabila mengalami proses pengimbuhan akan memberi kesan terhadap perubahan makna gramatikal dan makna konteks satuan ayat tersebut. Kesimpulannya, penggunaan imbuhan yang salah dapat mempengaruhi makna sebenar ayat yang ingin disampaikan dalam sesuatu kapsyentersebut.

Kata kunci: morfologi, kesalahan imbuhan, bahasa Melayu, media sosial, Instagram.

 

ABSTRAK

This paper discuss estheaffix error Malay language in social media. Every sentence in a caption on social media does not necessarily use the word form of the correct accretion process and it can make it difficult for other social media users to understand. Therefore, the purpose of this study was conducted to unravel the problems that a rise regarding the use of rewards that are often used in social media. The objective of the study was to analyze the frequency of reward error types in Instragram caption writing and their relevance to grammatical aspects.This study is a morphological study that uses qualitative and quantitative approaches. The quantitative method involved observation and caption analysis on 30 Instagram accounts to examine the frequency of misuse of remuneration. Qualitative methods are applied in the discussion of errors in the use of adjectives and their grammatical relationships. The study found that there are three kinds of error adjustment of the Malay language in Instagram studied the prefixes, suffixes and clamp. In terms of frequency, the highest remuneration offense found was the suffix remuneration offense of 44%, followed by the initial remuneration of 16.92% and the circumfix of 15.38%. Each type of error has a correlation in terms of grammar especially the meaning of the sentence and also the cohesive and coherent relationship in the captions used. This is because the change of a word form when undergoing the process of accumulation will affect the change in grammatical meaning and contextual meaning of the sentence unit. In conclusion, the use of incorrect adjectives can affect the true meaning of the sentence to be conveyed in a caption.

 Keywords: morphology, affix errors, Malay, social media, Instagram

Published
2022-07-04
How to Cite
Tengku Din, T. N. S., & Abd Wahab, K. (2022, July 4). Kesalahan Penggunaan Imbuhan Bahasa Melayu Dalam Instagram. Jurnal Wacana Sarjana, 5(5), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/449