Penjelajahan Rumah Tradisional Melayu Menggunakan Teknik Perayauan Maya

Traditional Malay House Walkthrough By Using Virtual Roaming Technique

  • Nur Aziera Romiza
  • Tengku Siti Meriam Tengku Wook
Keywords: perayauan maya, penjelajahan, realiti maya, model 3D, rumah tradisional Melayu

Abstract

Rumah tradisional Melayu adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan kemahiran dan kreativiti orang Melayu dalam bidang seni bina. Terdapat pelbagai kajian terhadap rumah tradisional Melayu dari segi aspek kesenian rumah tradisional Melayu. Kebanyakkan rumah di Malaysia kini telah dimodenkan dan menyebabkan masyarakat kini kurang mengenali rumah tradisional Melayu. Terdapat rumah tradisional Melayu yang telah dibaik pulih serta dimodenkan untuk disimpan secara fizikal dan dijadikan sebagai pameran. Namun disebabkan perkembangan teknologi kini, rumah tradisional Melayu perlu dibangun dan didigitalkan serta boleh dicapai secara maya. Tujuan utama platfom ini dibangun adalah untuk memperkenalkan semula dan memelihara warisan seni bina rumah tradisional Melayu secara maya. Objektif kajian ini ialah untuk mendigitalkan rumah tradisional Melayu, membangunkan model konseptual penjelajahan rumah tradisional Melayu dengan menggunakan teknik perayauan maya dan menjalankan pengujian fungsi terhadap model konseptual yang dihasilkan. Metodologi kajian ini melalui  empat fasa; iaitu analisis keperluan pengguna, reka bentuk model konseptual, pembangunan penjelajahan maya, dan pengujian fungsi. Sumbangan kajian ini ialah penjelajahan rumah tradisional Melayu menggunakan teknik perayauan maya yang memberikan pengalaman kepada pengguna meneroka rumah tradisional Melayu secara bukan imersif.

Kata kunci: perayauan maya, penjelajahan, realiti maya, model 3D, rumah tradisional Melayu

 

ABSTRACT

Traditional Malay house is part of the architectural heritage of the Malays that are valuable and has been designed and built which shows the skill and creativity of the Malays. There are numerous studies on traditional Malay house from the aspect of architectural art of traditional Malay house. Most of the houses in Malaysia now has been modernized and cause society are not familiar with the traditional Malay house. There is traditional Malay house which was completely renovated and modernized to be physically stored and used as exhibits. However, due to technology development, traditional Malay house should be developed, digitized and achieved virtually. The main purpose of this platform is to reintroduce and preserve traditional Malay house virtually. The objective of this project is to digitize the traditional Malay houses, to develop the walkthrough of traditional Malay house by using virtual roaming, and to conduct usability testing of the conceptual model. The methodology of this project consists of four phases; user requirements analysis, conceptual model design, virtual walkthrough development, and functional testing. The contribution of this study is tradisional Malay house walkthrough by using virtual roaming technique that give experience for user to explore the traditional Malay house non-immersively.

Keyword: virtual roaming, walkthrough, virtual reality, 3D model, traditional Malay house

Published
2022-07-05
How to Cite
Romiza, N. A., & Tengku Wook, T. S. M. (2022, July 5). Penjelajahan Rumah Tradisional Melayu Menggunakan Teknik Perayauan Maya. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1-15. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/451