Kualiti Perkhidmatan Pengangkutan Awam Mempengaruhi Tahap Kebergantungan Pengguna Di Pekan Jitra, Kedah

The Quality Of Public Transport Services Affects The Level Of Consumer Dependence In Pekan Jitra, Kedah

  • Nur Shahirah Anuar
  • Zurinah Tahir
Keywords: Pengangkutan Awam, Kebergantungan, Kualiti, Perkhidmatan, Persepsi Pengguna

Abstract

Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang baik dan berefisien menjadi sebagai pemangkin kepada pengguna memberikan persepsi positif terhadap pihak pengurusan kerana pengangkutan awam seperti bas henti-henti mempunyai aksesibiliti yang baik untuk membantu penduduk  dalam aktiviti kehidupan seharian mereka. Walaupun di sesetengah kawasan yang jauh dari bandar, kepelbagaian pengangkutan awam yang kurang menyebabkan pilihan pengguna adalah terhad. Namun begitu, ianya tidak seharusnya menjadi salah satu daripada alasan untuk pihak operator mengabaikan penambahbaikan kualiti pengangkutan awam dalam menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna, memperoleh kepercayaan pengguna, memberikan penampilan yang nyata dan berupaya menunjukkan rasa empati terhadap pengguna kerana semua aspek tersebut dapat menentukan sama ada pengguna terus bergantung untuk menggunakan pengangkutan awam ataupun tidak. Objektif utama dalam kajian ini adalah mengkaji persepsi penduduk terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam darat di Pekan Jitra dengan menggunakan kaedah kajian kuantitatif. Sebanyak 236 responden di kawasan Taman Tunku Anum serta Taman Mahsuri  menerima borang soal selidik yang diedarkan secara atas talian, iaitu Google Form. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kebergantungan pengguna di Pekan Jitra adalah sederhana berikutan terdapat beberapa kemudahan infrastruktur berada dalam keadaan yang kurang memuaskan seperti paparan jadual perjalanan bas henti-henti dan juga keadaan tempat perhentian bas. Hal ini dapat menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan pengangkutan awam memberikan kesan kepada tingkah laku serta persepsi pengguna dalam menentukan tindakan untuk terus bergantung dengan kemudahan pada masa yang akan datang. Maka, kajian ini diharap dapat membantu pihak operator untuk menambahbaik kualiti infrastruktur secara strategik dan tidak mengecualikan pandangan pengguna demi menjamin tingkah laku mereka untuk terus menggunakan pengangkutan awam.  

Kata kunci: Pengangkutan Awam, Kebergantungan, Kualiti, Perkhidmatan, Persepsi Pengguna

 

ABSTRACT

A good and efficient public transport service system serves as a catalyst for consumers to give a positive perception to the management because public transport such as non-stop buses have good accessibility to assist residents in their daily living activities. Even in some areas far from the city, the lack of public transportation diversity results in limited consumer choice. However, it should not be one of the reasons for operators to ignore the improvement of public transport quality in ensuring user comfort and safety, gaining user trust, giving a tangible appearance and being able to show empathy towards users because all these aspects can determine whether users continue to rely on public transportation or not. The main objective of this study is to examine the perception of the residents on the quality of public transport services in Pekan Jitra by using quantitative research methods. A total of 236 respondents in the Taman Tunku Anum and Taman Mahsuri areas received questionnaires distributed online, which Google Form. The results of the study found that the level of user dependence in Pekan Jitra is moderate due to some infrastructure facilities are in a less satisfactory condition such as the display of bus itinerary stops and also the condition of bus stops. This can indicate that the quality of public transport services affects the behavior and perception of users in determining actions to continue to rely on facilities in the future. Therefore, this study is expected to help operators to improve the quality of infrastructure strategically and not exclude the views of users in order to ensure their behavior to continue to use public transport.

Keywords: Public Transport, Dependence, Quality, Service, Consumer Perception

 

Published
2022-07-05
How to Cite
Anuar, N. S., & Tahir, Z. (2022, July 5). Kualiti Perkhidmatan Pengangkutan Awam Mempengaruhi Tahap Kebergantungan Pengguna Di Pekan Jitra, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 6(1), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/458