Penukaran Kod Dalam Novel ‘Selagi Ada Dia’: Satu Kajian Bilingualisme

  • Nurul Shuhada Rasid
  • Mohammad Fadzeli Jaafar
  • Harishon Radzi

Abstract

ABSTRAK

 

Penulisan ini membincangkan penggunaan penukaran kod dalam karya sastera, iaitu novel Selagi Ada Dia. Penukaran kod didefinisikan sebagai pertukaran daripada satu kod bahasa kepada kod bahasa lain dalam pengujaran penutur dalam keadaan tertentu. Aspek bilingualisme yang menyebabkan penggunaan penukaran kod meluas dalam kalangan masyarakat telah menular penggunaannya sehingga kepada dunia penulisan kreatif dan karya sastera khususnya novel. Kajian ini memperlihatkan penggunaan penukaran kod dan fungsi penukaran kod dalam novel terpilih karya Aisya Sofea. Kajian ini tertumpu pada penggunaan penukaran kod bahasa Melayu-Bahasa Inggeris dalam bab 43 dan bab 44 dalam novel Selagi Ada Dia. Kerangka teori yang dikemukakan oleh Poplack (1980) akan dijadikan asas kajian. Penukaran kod yang akan dianalisis dalam kajian ini ialah penukaran kod tag, penukaran kod intersentensial dan penukaran kod intrasentensial. Hasil kajian mendapati bahawa setiap penukaran kod yang digunakan oleh pengarang mempunyai fungsi pragmatik yang tersendiri untuk disampaikan kepada pembaca melalui penulisannya.

 

Kata kunci: penukaran kod, penulisan kreatif, karya sastera, pragmatik dan kod bahasa

Published
2017-12-30
How to Cite
Rasid, N. S., Jaafar, M. F., & Radzi, H. (2017, December 30). Penukaran Kod Dalam Novel ‘Selagi Ada Dia’: Satu Kajian Bilingualisme. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/46