Motif Alam dan Tumbuhan dalam Seni Ukiran Kayu Melayu di Besut Terengganu

Natural and Plants Motifs of Malay Wood Carvings in Besut, Terengganu

  • Nurul Shakira Ahmad Asri
  • Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff
Keywords: Seni ukiran kayu, warisan, motif, tumbuhan, masyarakat Melayu

Abstract

Kajian ini mengenai motif alam dan tumbuhan dalam seni ukiran kayu Melayu di Besut, Terengganu. Seni ukiran kayu merupakan hasil tukangan tangan dan warisan turun temurun masyarakat Melayu yang bernilai tinggi. Masyarakat Melayu berpegang kuat dengan penghasilan ukiran dengan menggunakan alam sebagai ilham untuk mencurahkan perasaan sehingga menghasilkan satu motif yang indah. Motif yang terhasil bukan sahaja tertumpu kepada keindahannya sahaja tetapi mampu memberi kefahaman dan maksud tersendiri agar tersampaikan kepada pengukir dan masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dapat menghasilkan para pengukir handal yang mempunyai kreativiti dalam mengukir kayu. Permasalahan kajian ini mengenai kenapa pengukir memilih motif alam dan tumbuhan sebagai elemen motif utama dalam menghasilkan ukiran kayu. Objektif kajian ini adalah menjelaskan motif alam dan tumbuhan dalam seni ukiran kayu Melayu di Besut, Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian lapangan dan kajian keperpustakaan untuk menguatkan lagi pengumpulan data yang dibuat. Kajian lapangan melibatkan pemerhatian serta temu bual bersama pengukir kayu. Kajian keperpustakaan pula dijalankan untuk menyokong dengan data bersifat sekunder. Kajian lapangan dijalankan di Besut Terengganu. Hasil kajian ini mendapati penggunaan motif tumbuhan dalam seni ukiran kayu. Terdapat lima bahagian dalam motif tumbuhan yang sering menjadi tumpuan dalam membuat ukiran seperti bunga, batang, daun, pucuk dan buah. Keberhasilan sesuatu ukiran bergantung kepada kebolehan dan kemahiran dalam mendalami teknik ukiran untuk mewujudkan satu bentuk ataupun corak yang kreatif berdasarkan penggunaan motif.

Kata Kunci: Seni ukiran kayu; warisan; motif; tumbuhan; masyarakat Melayu

 

ABSTRACT

The study of natural and plant motifs of Malay wood carvings in Besut, Terengganu. Wood carvings and hand craftsmen is the result of hereditary Malay heritage of great value. The community holds strong with earnings sculptures using nature as inspiration to confide to produce a beautiful design. The resulting motif is not only focused on its beauty but is able to provide its own understanding and meaning to be conveyed to the sculptor and the community. This shows that the community can generate the powerful sculptor who has creativity in carving wood. The problem of this study is why sculptors choose nature and plant motifs as the main motif elements in producing wood carvings. The objective of this study is to explain the nature and motives of plants in Malay wood carvings in Besut, Terengganu. This study uses a qualitative approach that is field research and library research to further strengthen the data collection made. The field study involved observations as well as interviews with wood carvers. A library study was conducted to support with secondary data. The field study was conducted in Besut Terengganu. The results of this study found the use of plant motifs in wood carving art. There are five parts in plant motifs that are often the focus in making carvings such as flowers, stems, leaves, shoot and fruits. The success of a sculpture depends on the ability and skills in deepening the sculpture technique to create a creative shape or pattern based on the use of motifs.

Keywords: Wood carving art; inheritance; motive; plants; Malay community

Published
2022-07-05
How to Cite
Ahmad Asri, N. S., & Mohd Yusoff, M. Y. (2022, July 5). Motif Alam dan Tumbuhan dalam Seni Ukiran Kayu Melayu di Besut Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 6(1), 1-8. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/461