Hubungan Di Antara Kebimbangan Dan Kepuasan Hidup Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Relationship Between Anxiety and Life-Satisfaction During Movement Control Order (MCO) Among UKM Students

  • Nur Najwa Hussein
  • Muhammad Ajib Abd Razak
Keywords: kebimbangan, kepuasan hidup, hubungan, perintah kawalan pergerakan

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula diperkenalkan pada Mac 2020 menjejaskan kesejahteraan psikologikal individu terutamanya dalam kalangan pelajar. Oleh itu adalah wajar untuk mengkaji keadaan kesihatan mental pelajar dari segi kebimbangan dan kepuasan hidup. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengukur hubungan dan tahap kebimbangan dan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar semasa dalam PKP. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan keratan lintang (cross-sectional survey)secara kuantitatif.  Seramai 165 responden yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana telah terlibat dalam kajian ini. Dua alat ujian telah digunakan iaitu The Satisfaction with Life Scale(SWLS) danThe State-Trait Anxiety Inventory (STAI). Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan korelasi pearson. Hasil kajian menunjukan terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan dan kepuasan hidup pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan tahap kebimbangan pelajar berada pada tahap yang rendah dan tahap kepuasan hidup berada pada tahap yang tinggi.Hasil kajian ini menunjukkan, walaupun PKP berlangsung dalam tempoh yang agak lama tetapi para pelajar mempunyai keadaan kesihatan mental yang baik. Tambahan pula, pelbagai program dan intervensi yang diberikan oleh pihak Universiti, beserta sokongan keluarga, rakan-rakan, dan pensyarah telah membantu meningkatkan kepuasan hidup dan mengurangkan perasaan kebimbangan pelajar semasa PKP.

Kata kunci: kebimbangan, kepuasan hidup, hubungan, perintah kawalan pergerakan

 

ABSTRACT

The Movement Control Order (MCO) which was first introduced in March 2020 affects the psychological well -being of individuals, especially among students. It is therefore desirable to study the mental health state of students in terms of anxiety and life satisfaction. The objective of this study was to measure the relationship and level of anxiety and life satisfaction among students while in MCO. This study was conducted using a quantitative cross-sectional survey design. A total of 165 respondents consisting of Bachelor and Master students were involved in this study. Two test tools were used namely The Satisfaction with Life Scale (SWLS) and The State-Trait Anxiety Inventory (STAI). The data obtained were analyzed using descriptive test and pearson correlation. Results showed that there were significant relationship between anxiety and life satisfaction among students. The results also showed that the level of anxiety among students was low and that the level of life satisfaction was at a high level.The results also showed that the level of students' anxiety was at a low and the level of life satisfaction was at a high level. The results of this study showed that, although MCO lasted for a relatively long period, but the students had a good mental health condition. Furthermore, the various programs and interventions provided by the University, along with the support of family, friends, and lecturers have helped increase life satisfaction and reduce students’feelings of anxiety during MCO.

Keywords:anxiety, life satisfaction, relationship, movement control order

Published
2022-07-07
How to Cite
Hussein, N. N., & Abd Razak, M. A. (2022, July 7). Hubungan Di Antara Kebimbangan Dan Kepuasan Hidup Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-9. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/463