Perbandingan Penggunaan Leksikal Tamil Antara Generasi X,Y dan Z

Tamil Lexical Comparison Between Generations X, Y and Z

  • Moganasri Maninathan
  • Sharifah Raihan Syed Jaafar
Keywords: pembentukan kata, bahasa Tamil, leksikal, kategori, generasi X,Y dan Z

Abstract

Kajian ini meneliti perbandingan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X, Y dan Z. Dalam kajian lepas, penggunaan leksikal Tamil antara generasi hanya dilakukan antara satu generasi tertentu sahaja tanpa meneliti secara terperinci  penggunaan leksikal antara beberapa generasi, seterusnya mengenal pasti perbezaan yang wujud antara generasi. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk  mengenal pasti kategori leksikal yang digunakan oleh generasi X, Y dan Z mengklasifikasikan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X, Y dan Z dan akhir sekali menganalisis data leksikal Tamil yang digunakan oleh generasi X, Y dan Z dengan menggunakan model pembentukan kata oleh Yule.G. Data kajian diperolehi daripada soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada 150 responden dari 4 buah negeri di Malaysia iaitu, Kuala Lumpur dan Klang di Selangor, Tanjung Pillai dan Sengkang Kulai di Johor, Ipoh dan Gopeng di Perak dan akhir sekali Cameron Highlands di Pahang. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya 6 pengkategorian leksikal Tamil antara generasi iaitu, pemajmukan, campuran, derivasi, pemendekan, peminjaman dan penciptaan berdasarkan model Yule.G. Antara keenam-enam kategori ini kategori penciptaan digunakan secara berleluasa dalam pembentukan leksikal Tamil antara generasi. Kesimpulannya, walaupun perbezaan penggunaan leksikal Tamil antara generasi X, Y dan Z tidak menunjukkan perbezaan yang ketara, namun begitu, masih terdapat perbezaan penggunaan leksikal.

 

Kata Kunci: pembentukan kata, bahasa Tamil, leksikal, kategori, generasi X,Y dan Z

 

ABSTRACT

This study examines the comparison of Tamil lexical usage between generations X, Y and Z. In previous studies, Tamil lexical usage between generations was done only between a particular generation without examining in detail lexical usage between several generations, further identifying differences that exist between generations. Therefore, this study was conducted to identify the lexical categories used by generations X, Y and Z, classify Tamil lexical usage between generations X, Y and Z and finally analyze Tamil lexical data used by generations X, Y and Z by using model word formation by Yule.G. Data were obtained from a questionnaire. The questionnaire was distributed to 150 respondents from 4 states in Malaysia, namely, Kuala Lumpur and Klang in Selangor, Tanjung Pillai and Sengkang Kulai in Johor, Ipoh and Gopeng in Perak and finally Cameron Highlands in Pahang.The results show that there are 6 intergenerational Tamil lexical categorizations namely, multiplication, mixture, derivation, shortening, borrowing and creation based on Yule.G model. Among these six categories the category of creation is widely used in intergenerational Tamil lexical formation. In conclusion, although the differences in Tamil lexical usage between generations X, Y and Z did not show significant differences, nevertheless, there were still differences in lexical usage.

 

Keywords: word Formation, tamil, lexical,category, generation X,Y and Z

Published
2022-07-07
How to Cite
Maninathan, M., & Syed Jaafar, S. R. (2022, July 7). Perbandingan Penggunaan Leksikal Tamil Antara Generasi X,Y dan Z. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/465