Pengurusan Kewangan Generasi Milenial Di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan

Financial Management of Millennial Generation In Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan

  • Norhayati Hassim
  • Zaimah Ramli
Keywords: Pengurusan kewangan, pengetahuan, kemahiran, sikap, generasi milenial

Abstract

Pengurusan kewangan memainkan peranan utama kepada setiap individu, begitu juga kepada individu yang tergolong dalam golongan generasi milenial. Pengurusan kewangan yang tidak sistematik akan mendorong kepada masalah seperti ketirisan kewangan, penyelewengan dan ketidakstabilan kewangan. Perkara ini akan mendatangkan impak yang negatif terhadap generasi milenial untuk menguruskan kewangan dalam kehidupan seharian mereka dengan baik. Justeru kajian ini dilaksanakan ke atas golongan generasi milenial yang menetap di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. Objektif kajian adalah mengukur tahap pengurusan kewangan dalam kalangan generasi milenial di Seremban 2. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Teknik persampelan bertujuan diaplikasikan dalam pengutipan data. Jumlah sampelyang berjaya didapatkan ialah 49 orang generasi milenial.  Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapatigenerasi milenial masih berada di tahap yang sederhana dalam pengurusan kewangan mereka. Hal ini perlukan perhatian yang serius dan tindakan segera daripada pihak yang berautoriti. Semua ini penting untuk meningkatkan tahap kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan generasi milenial.

Kata kunci: Pengurusan kewangan, pengetahuan, kemahiran, sikap, generasi milenial.

 

ABSTRACT

Financial management plays a key role to every individual, as well as to individuals belonging to the millennial generation. Unsystematic financial management will lead to problems such as financial leakages, irregularities and financial instability. This will have a negative impact on the millennial generation to manage finances in their daily lives well. Therefore, this study was conducted on the millennial generation living in Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. The objective of the study was to measure the level of financial management among the millennial generation in Seremban 2. The study design was quantitative and a questionnaire was used as a research instrument. Purposive sampling techniques are intended to be applied in data collection. The total number of samples successfully obtained was 49 millennial generation. The data obtained were analyzed descriptively. The results of the study found that the millennial generation is still at a moderate level in their financial management. This requires serious attention and immediate action from the authorities. All this is important to improve the level of financial management skills among the millennial generation.

Keywords: Financial management, knowledge, skill, attitude, millennial generation.

 

Published
2022-07-07
How to Cite
Hassim, N., & Ramli, Z. (2022, July 7). Pengurusan Kewangan Generasi Milenial Di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/466