Elemen-Elemen Sosiobudaya dalam Kalangan Masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor

Sosiocultural Elements of Boyan’s Community in Semenyih, Selangor

  • Norshahera Zulkifli
  • Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff
Keywords: budaya tempatan, masyarakat Boyan, migrasi, perubahan, sosiobudaya

Abstract

Kajian ini mengenai elemen-elemen sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Masyarakat Boyan yang menetap di sini merupakan generasi kedua selepas ibubapa mereka migrasi atas faktor mencari kehidupan baharu. Generasi kedua masyarakat Boyan telah mengalami pertembungan budaya masyarakat tempatan. Namun, masyarakat Boyan masih dapat mengekalkan sosiobudaya. Pemasalahan kajian ini mengenai bagaimana masyarakat Boyan dapat mengekalkan sosiobudaya yang mereka mewarisi. Objektif kajian ini adalah menjelaskan elemen-elemen sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan ini amat sesuai dengan reka bentuk kajian yang bersifat etnografi. Pendekatan kualitatif menggunakan dua kaedah iaitu kajian lapangan dan kajian keperpustakaan. Kajian lapangan menggunakan beberapa teknik pemerhatian, pemerhatian ikut serta dan temu bual. Kajian keperpustakan pula menyokong dengan data bersifat sekunder. Kajian lapangan dijalankan di Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Selangor. Temu bual dijalankan terhadap 5 informan dalam kalangan masyarakat Boyan secara temu bual separa struktur. Data kajian ini di saring dengan menggunakan teknik tematik untuk memperolehi data yang benar dan sesuai. Hasil dapatan kajian ini menyatakan tentang elemen-elemen sosiobudaya yang diamalkan oleh masyarakat Boyan di kawasan lapangan. Hasil kajian memperlihatkan masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor masih mengekalkan sosiobudaya yang dibawa dari kampung halaman. Justeru itu, sumbangan kajian ini menerapkan keperluan masyarakat untuk mengekalkan sosiobudaya bagi etnik atau bangsa agar identiti dan budaya etnik tidak dilupakan dan dihapuskan oleh peredaran zaman moden.

Kata kunci: budaya tempatan; masyarakat Boyan; migrasi; perubahan; sosiobudaya;

 

ABSTRACT

This study is about the sociocultural elements among the Boyan’s community in Semenyih, Selangor. The Boyan’s community who settled here is the second generation after their parents migrated due to the factor of finding a new life. The second generation of the Boyan’s community has experienced a clash of local cultures. However, the Boyan’s community is still able to maintain their socioculture. The problem of this study is about how the Boyan’s community is able to maintain the socioculture they inherited. The objective of this study is to explain the sociocultural elements among the Boyan’s community in Semenyih, Selangor. The methodology of this study uses a qualitative approach. This approach is well suited to ethnographic study designs. The qualitative approach uses two methods namely field research and library research. The field study used several observational techniques, participatory observation and interviews. Library studies, on the other hand, are supported by secondary data. The field study was conducted at Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Selangor. Interviews were conducted with 5 informants in the Boyan’s community in a semi -structured interview. The data of this study were screened using thematic techniques to obtain true and appropriate data. The findings of this study state about the sociocultural elements practiced by the Boyan’s community in the field area. The results of the study show that the Boyan’s community in Semenyih, Selangor still maintains the socio -culture brought from their hometown. Thus, the contribution of this study applies the need of society to maintain the socioculture of ethnic or racial identity and ethnic culture is not abandoned and eliminated by the passage of modern times.

Keywords: local culture; the Boyan community; migration; change; sociocultural;

Published
2022-07-07
How to Cite
Zulkifli, N., & Mohd Yusoff, M. Y. (2022, July 7). Elemen-Elemen Sosiobudaya dalam Kalangan Masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-13. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/468