Tahap Amalan Hijau Di Kalangan Pelajar Prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia

Level Of Green Practices Among Undergraduate Students Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Nur Haziqah Mohd Safuan
  • Er Ah Choy
Keywords: Pengetahuan, Sikap, Amalan 3R, Penggunaan Air, Penjimatan Elektrik

Abstract

Amalan hijau sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Namun, masih ramai lagi di kalangan masyarakat tidak menyedari tentang kepentingan melaksanakan amalan hijau. Amalan hijau seharusnya dipraktikkan dalam rutin seharian. Amalan hijau bukanlah satu perkara yang berat untuk dilakukan dalam kalangan pelajar. Malah, amalan hijau ini dapat membantu pelajar lebih kreatif di zaman sekarang. Justeru itu, bagi merealisasikan kampus lestari di UKM, maka kajian ini dijalankan terhadap pelajar prasiswazah UKM untuk mengenalpasti tahap pengetahuan amalan hijau (amalan 3R, penggunaan air, penjimatan elektrik) dalam kalangan prasiswazah UKM serta menganalisa sikap pelajar prasiswazah dalam mengamalkan amalan hijaudi sekitar UKM dan mengkaji kekerapan pelajar prasiswazah UKM dalam melakukan amalan hijauberdasarkan pengetahuan dan sikap. Kajianini menggunakan kaedah pendekatan berbentuk kuantitatif melalui edaran borang selidik dari atas talian akibat kekangan pandemik Covid-19. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 350 pelajar prasiswazah dari pelbagai program pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Responden adalah daripada tahun pengajian 1, 2, 3 dan 4. Melalui kajian ini, kaedah analisis data adalah menggunakan analisis deskriptif(frekuensi, peratus, min dan skala). Selain itu, kajian ini juga menggunakan statistik inferensi dari kolerasi Spearman’s rho dan Anova sehala. Pemilihan sampel adalah berdasarkan persampelan rawak mudah dan dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0. Dapatan kajian ini mendapati tahap pengetahuan pelajar prasiswazah UKM dalam amalan hijau iaitu amalan 3R, penggunaan air dan penjimatan elektrik secara keseluruhanya berada di tahap tinggi (min= 4.15). Manakala, sikap pelajar prasiswazah dalam mengamalkan amalan hijau secara keseluruhanya berada di tahap yang tinggi (min= 4.01). Namun, dapatan kajian ini mendapati bahwa kekerapan pelajar prasiswazah UKM dalam mengamalkan amalan hijau secara keseluruhanya berada di tahap yang sederhana (min= 3.51). Dapatan kajian juga mendapati hubungan pemboleh ubah bagi tahap pengetahuan amalan hijau dengan kekerapan pelajar dalam mengamalkan amalan hijau mempunyai hubungan positif yang kuat (= 0.674**). Manakala, hubungan pemboleh ubah bagi sikap pelajar terhadap amalan hijau dengan kekerapan pelajar mengamalkan amalan hijau juga mempunyai hubungan positif yang kuat (= 0.668**).Walaupun tahap pengetahuan serta sikap pelajar terhadap amalan hijau berada tahap yang tinggi, namun kebimbangan dalam kekerapan amalan hijau pelajar prasiswazah UKM berada di tahap yang sederhana. Dalam analisis Anova sehala didapati ada perbezaan yang signifikan setiap tahun pengajian. Tahun pengajian yang paling tinggi kekerapan mengamalkan amalan hijau berdasarkan pengetahuan dan sikap pelajar prasiswazah UKM adalah tahun 3 dan tahun 4. Hal ini jelas bahawa tahun pengajian yang lebih tinggi akan cenderung dalam melakukan amalan hijau kerana mempunyai pengetahuan dan sikap yang tinggi dalam diri. Justeru itu, pihak univerisiti harus mengukuhkan lagi kekerapan pelajar dalam mengamalkan amalan hijau menerusi aktiviti atau program yang berterusan amat membantu.

Kata kunci: Pengetahuan, Sikap, Amalan 3R, Penggunaan Air, Penjimatan Elektrik

 

ABSTRACT

Green practices have long been introduced in Malaysia. Yet, there are still many in the community who are unaware of the importance of green practices. Green practices should be practiced in daily routines. Green practice is not a heavy thing to do among students. In fact, this green practice can help students be more creative nowadays. Therefore, to realize a sustainable campus in UKM, this study was conducted on UKM undergraduate students to identify the level of knowledge of green practices (3R practices, water consumption, electricity saving) among UKM undergraduates and analyze the attitudes of undergraduate students in practicing green practices around UKM and to study the frequency of UKM undergraduate students in doing green practices based on knowledge and attitudes. This study uses a quantitative approach through the distribution of questionnaires from online due to the constraints of the Covid-19 pandemic. The respondents involved in this study were a total of 350 undergraduate students from various study programs at Universiti Kebangsaan Malaysia. Respondents are from academic years 1, 2, 3 and 4. Through this study, the method of data analysis is to use descriptive analysis(frequency, percentage, mean and scale). In addition, this study also used inferential statistics from correlations Spearman’s rho and one -way Anova. Sample selection was based on simple random sampling and analyzed using SPSS version 26.0. The findings of this study found that the level of knowledge of UKM undergraduate students in green practices as a whole is at a high level (mean= 4.15). Meanwhile, the attitude of undergraduate students in practicing green practices as a whole is at a high level (mean= 4.01). However, the findings of this study found that the frequency of UKM undergraduate students in practicing green practices as a whole is at a moderate level (mean= 3.51). The findings of the study also found that the relationship between the variables for the level of knowledge of green practices with the frequency of students in practicing green practices has a strong positive relationship (r = 0.674**). Meanwhile, the relationship of the variables for students' attitudes towards green practices with the frequency of students practicing green practices also had a strong positive relationship (r = 0.668**). Although the level of knowledge and attitude of students towards green practices is high, but the concern in the frequency of green practices of UKM undergraduate students is at a moderate level. In the one -way Anova analysis it was found that there was a significant difference each year of study. The years of study with the highest frequency of practicing green practices based on the knowledge and attitudes of UKM undergraduate students are year 3 and year 4. It is clear that higher years of study will tend to practice green practices because they have high knowledge and attitudes in themselves. Therefore, the university should further strengthen the frequency of students in practicing green practices through ongoing activities or programs is very helpful.

Keywords: Knowledge, Attitude, 3R Practices, Water Consumption, Electricity Saving

Published
2022-07-07
How to Cite
Mohd Safuan, N. H., & Ah Choy, E. (2022, July 7). Tahap Amalan Hijau Di Kalangan Pelajar Prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-18. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/469