Pengalaman Trauma semasa Zaman Kanak-kanak dan Pengaruhnya Terhadap Keyakinan Diri Remaja di Kuala Lumpur

Childhood Trauma and The Relationship towards Self-Confidence Among Teenagers in Kuala Lumpur

  • Arifah Yusri
  • Mohd Nasir Selamat
Keywords: Trauma kanak-kanak, keyakinan diri, penderaan fizikal, penderaan emosi, pengabaian emosi, pengabaian fizikal, remaja

Abstract

Kes penderaan kanak-kanak saban tahun dilihat semakin meningkat dan membimbangkan. Kesan kepada penderaan tersebut telah memberikan kesan jangka panjang kepada kanak-kanak terutama apabila mereka menempuh alam dewasa kelak. Keadaan berlarutan boleh menjadikan individu terbabit mengalami masalah seperti bersikap anti sosial, kemurungan dan lebih teruk terlibat dengan gejala sosial. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengalaman trauma semasa zaman kanak-kanak dan pengaruhnya terhadap keyakinan diri remaja di Kuala Lumpur. Lima dimensi utama digunakan untuk mengkaji trauma kanak-kanak iaitu, penderaan fizikal, penderaan emosi, pengabaian fizikal, pengabaian emosi, dan juga penderaan seksual. Responden bagi kajian ini telah dipilih dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah yang berada di tingkatan satu, dua, dan empat, yang sedang bersekolah di sekitar Kuala Lumpur. Pemilihan sekolah pula adalah dikhususkan kepada sekolah yang mempunyai ramai pelajar berlatar belakang keluarga B40. Soal selidik bagi kajian diedarkan secara dalam talian melalui guru-guru kaunselor untuk memudahkan pengumpulan responden. Pautan tersebut diberikan kepada semua pelajar, namun hanya pelajar yang mempunyai pengalaman menjadi mangsa dera sahaja yang dibenarkan untuk menjawab keseluruhan bahagian soal selidik dan bertepatan dengan teknik persampelan bertujuan yang digunakan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati bahawa semua jenis trauma kanak-kanak iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi, pengabaian fizikal, pengabaian emosi, dan juga penderaan seksual mempunyai hubungan korelasi yang sangat signifikan dengan keyakinan diri. Dimensi pengabaian emosi menunjukkan jenis trauma yang paling banyak dihadapi oleh remaja di Kuala Lumpur.

Kata kunci: Trauma kanak-kanak, keyakinan diri, penderaan fizikal, penderaan emosi, pengabaian emosi, pengabaian fizikal, remaja    

 

ABSTRACT

Every year, cases of child abuse are seem to be increasing and alarming. The impact of the abuse will certainly have a long-term impact on the children, especially when they become adulthood. Therefore, this study was conducted to investigate the childhood trauma questionnaire and its effect on self-confidence among teenagers especially in Kuala Lumpur, the capital city. There are five main dimensions in Childhood Trauma Questionnaire, which is physical abuse, emotional abuse, physical neglect, emotional neglect, and sexual abuse. Respondents for this study were selected among secondary school students from form one, two and four, who are currently studying in Kuala Lumpur. The targeted schools are the schools that have many students with B40 family backgrounds. The questionnaires for this study were spread online with the help from counselors to ease the process of collecting of respondents. The link was given to all students, however only students with the experience of being abused were allowed to answer the entire section of the questionnaire and coincided with the purposive sampling technique used in this research. The results showed that each dimensions in Childhood Trauma Questionnaire, physical abuse, emotional abuse, physical neglect, emotional neglect, and sexual abuse have a very significant correlation with self-confidence, while the most common trauma among teenagers in Kuala Lumpur is emotional neglect.

Key words: Childhood trauma, self-confidence, physical abuse, emotional abuse, emotional neglect, physical neglect, teenagers    

Published
2022-07-08
How to Cite
Yusri, A., & Selamat, M. N. (2022, July 8). Pengalaman Trauma semasa Zaman Kanak-kanak dan Pengaruhnya Terhadap Keyakinan Diri Remaja di Kuala Lumpur. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/471