Meneroka Gaya Hidup dan Gaya Keibubapaan Terhadap Normalisasi Keterlibatan Individu dalam Gejala LGBT dalam Kalangan Mahasiswa

Exploring Lifestyle and Parenting Styles against the Normalization of Individual Involvement in LGBT Phenomenon among University Students

  • Wan Nursabrina Batrisyia Wan Rushdan
  • Nasrudin Subhi
Keywords: LGBT, gaya hidup, gaya keibubapaan, mahasiswa, kualitatif

Abstract

Personaliti dan gaya hidup seseorang seringkali dikatakan bergantung rapat dengan gaya keibubapaan yang diterima. Kajian berkenaan isu LGBT masih lagi baharu di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengalaman informan beridentifikasi sebagai individu yang mempunyai ketertarikan seks sama jantina serta melihat perkaitannya dengan gaya keibubapaan dan kesan kehidupan di universiti terhadap pembentukan identiti seksual mereka. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan fenomologi sebagai reka bentuk kajian. Seramai enam orang informan terpilih menggunakan teknik persampelan bola salji (snowball sampling) dan mereka adalah terdiri daripada mahasiswa yang berumur 20 hingga 25 tahun. Temu bual dilakukan secara mendalam berpandukan protokol temu bual separa berstruktur. Temu bual yang telah siap ditranskripsi telah dianalisis menggunakan analisis tema. Tema-tema yang timbul telah digugus mengikut kesesuaian dalam memberikan makna. Keputusan kajian mendapati sebanyak tujuh tema utama yang timbul: (i) gaya keibubapaan, (ii) menyedari seksualiti, (iii) kehidupan di universiti, (iv) konflik yang dialami, (v) strategi daya tindak, (vi) nasihat dan (vii) harapan untuk diri sendiri. Kesimpulannya, gaya keibubapaan berbentuk permisif serta suasana kehidupan yang lebih bersifat terbuka di universiti cenderung untuk memberikan kebebasan dan menggalakkan perkembangan identiti LGBT dalam kalangan informan. Implikasi daripada kajian ini diharap dapat membantu golongan LGBT untuk lebih memahami situasi yang dialami serta mencari jalan keluar yang terbaik. Selain itu, diharap dapatan kajian juga berupaya membantu keluarga, sahabat serta ahli profesional dalam usaha untuk menambah baik respons tolong bantu yang diberikan kepada LGBT yang terkesan dengan isu sedemian dalam kehidupan mereka.

Kata kunci: LGBT, gaya hidup, gaya keibubapaan, mahasiswa, kualitatif

 

ABSTRACT

Personality and lifestyle are often said to depend closely on the parenting style that is obtained. Studies on LGBT issues are still new in Malaysia. Therefore, this study was conducted aimed to explore the experiences of informants identifying as individuals with same-sex sexual attraction as well as looking at its relationship with parenting style and the impact of university life on the formation of their sexual identity. This study is a qualitative study using phenomenology as the study design. A total of six informants were selected using the technique of snowball sampling and they consisted of students aged from 20 to 25 years old. Interviews were conducted in-depth based on a semi-structured interview protocol. The completed transcribed interviews were then analyzed by using thematic analysis. The themes that arose were grouped according to suitability in giving meaning. The results of the study found that seven main themes arose: (i) parenting style, (ii) awareness of sexuality, (iii) university life, (iv) conflict experienced, (v) coping strategies, (vi) advice, and (vii ) hope for themselves. In conclusion, permissive parenting styles as well as a more open living environment at the university tend to provide freedom and encourage the development of LGBT identity among informants. The implications of this study are expected to help LGBT people to have a better understanding of the situation and find the best way out. In addition, it is hoped that the study will also be able to help family, friends, and professionals in an effort to improve the response of help given to LGBT who are affected by such issues in their lives. 

Keywords: LGBT, lifestyle, parenting style, university student, qualitative

Published
2022-07-12
How to Cite
Wan Rushdan, W. N. B., & Subhi, N. (2022, July 12). Meneroka Gaya Hidup dan Gaya Keibubapaan Terhadap Normalisasi Keterlibatan Individu dalam Gejala LGBT dalam Kalangan Mahasiswa. Jurnal Wacana Sarjana, 6(3), 1-14. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/473