Politik Pilihan Raya Dalam PRU-14 Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (N10) Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur

Election Politics In GE-14 In The State Assembly Constituency (N10) Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur

  • Nor Shafika Johari
  • Junaidi Awang Besar
Keywords: Pilihan raya, faktor sokongan, calon, perlakuan mengundi, politik pilihan raya

Abstract

Politik pilihan raya iaitu isu semasa yang dipolitikkan mendapat perhatian seterusnya sokongan pengundi kepada parti politik masing-masing menjelang pilihan raya umum untuk mengekalkan kuasa mahupun merampas kuasa daripada pihak. Justeru, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis senario politik pilihan raya menuju PRU-14 di kawasan DUN Damak, Jerantut, Pahang. Dari segi geografi pilihan raya, DUN Damak merupakan kawasan yang terdiri daripada kawasan bandar, separa bandar dan luar bandar yang mempunyai 20 kawasan daerah mengundi serta merupakan kawasan majoriti etnik Melayu. Bagi mencapai objektif kajian 100 orang responden telah dipilih yang merupakan pengundi di kawasan tersebut dengan menggunakan instrumen borang soal selidik, pemerhatian di lapangan serta rujukan terhadap sumber sekunder yang berkaitan. Data daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dibentangkan dalam bentuk jadual serta rajah. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi dan partisipasi responden adalah berbeza-beza berdasarkan kepelbagaian latar belakang demografi dan sosioekonomi mereka. 50.0 peratus pengundi di kawasan DUN Damak dikenal pasti bergiat aktif berpartisipasi dalam politik dengan mendengar ceramah politik yang dianjurkan semasa kempen pilihan raya. Pandangan mereka dalam politik tempatan ini juga dipengaruhi oleh sumber-sumber maklumat politik yang disampaikan dan 32.0 peratus daripada keseluruhan responden menyatakan penggunaan media alternatif merupakan satu medium baru untuk mendapatkan sumber maklumat berkaitan politik kerana media ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan 37.0 peratus responden menyatakan bahawa mereka paling mempercayai sumber maklumat politik daripada media elektronik. Dari segi sokongan kepada parti politik pula, majoriti responden menyatakan keyakinan rakyat terhadap pemimpin sedia telah terhakis dan jangkaan perubahan besar dalam politik tanah air akan berlaku pada PRU-14.

Kata kunci: Pilihan raya, faktor sokongan, calon, perlakuan mengundi, politik pilihan raya

 

ABSTRACT

Electoral politics, which is a current issue that is politicized, gets the attention of voters to their respective political parties ahead of the general election to maintain power or seize power from the party. Therefore, the purpose of this study is to analyze the political scenario of the election towards GE-14 in the Damak state constituency, Jerantut, Pahang. In terms of electoral geography, Damak DUN is an area consisting of urban, semi-urban and rural areas with 20 voting districts and is an ethnic Malay majority area. To achieve the objectives of the study, 100 respondents were selected who are voters in the area by using the instrument of questionnaires, field observations and references to relevant secondary sources. Data from the questionnaires were analyzed using SPSS software and presented in the form of tables and diagrams. The results of the study found that respondents perceptions and participation varied based on the diversity of their demographic and socioeconomic backgrounds. 50.0 per cent of voters in the Damak state constituency were identified as actively participating in politics by listening to political talks organized during the election campaign. Their views on local politics are also influenced by the sources of political information presented and 32.0 percent of all respondents stated that the use of alternative media is a new medium to obtain sources of information related to politics because this media can be accessed by anyone and 37.0 percent of respondents stated that they trust the most sources of political information from the electronic media. In terms of support for political parties, the majority of respondents stated that the people's confidence in the existing leaders has eroded and the expectation of major changes in the country's politics will occur in the GE-14.

 

Keywords: Elections, support factors, candidates, voting behavior, electoral politics

Published
2022-07-12
How to Cite
Johari, N. S., & Awang Besar, J. (2022, July 12). Politik Pilihan Raya Dalam PRU-14 Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (N10) Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal Wacana Sarjana, 6(3), 1-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/478